Terok betul nak bagi tajuk, tak mengapa. Malas nak bercerita tentang mukaddimah. Entah, ada orang tak suka langsung mukaddimah. Jelas, ini bukan novel yang aku bungakan. Maka, di sini aku ingin mengatakan apa itu sarang burung.
kepada mereka yang tidak mempercayai Tuhan, di sini kau akan tahu hakikatnya. Dalam akal manusia itu, ada benda yang terbatas. Manusia selamanya tidak akan menandingi burung dalam berfikir.
Sarang Burung.
Khasiat sarang burung adalah boleh melambatkan penuaan muka, badan dan etc. Itu kau boleh cari sendiri. Yang aku nak katakan adalah, bagaimana burung mendapat ilham untuk mencari bahan yang boleh dibuat untuk sarangnya? Ilham. Mungkin dari Tuhan.
Kalau aku beraliran sainstologi, sudah tentu aku mencari penjelasan sains. Mungkin sekarang belum lagi. Tapi aku nak katakan bahawa, aku berpegang bahawa burung punya akal yang berbeza dengan manusia.
Perbezaan akal Burung dan Akal Manusia.
Burung boleh mencari sarang dan membinanya. Manusia boleh membina rumah. Apa burung buat, manusia tak boleh buat. Apa manusia buat, burung tak mampu buat. Ini membuktikan bahawa kebijaksaan antara makhluk itu berbeza.
Maka, jika manusia katakan dirinya sempurna. Dia silap.
Sebenarnya manusia belum sempurna, tetapi dimuliakan dengan dipilih untuk mentadbir alam. Syukur, pemikiran burung tidak mampu berevolusi seperti manusia.Jika mampu, sudah lama burung dan kaum mergastua berperang dengan manusia. Ala-ala Planet of the Apes.
Jelas, kemampuan manusia itu terbatas, Dan ianya tidak mampu melebihi dan terus memecahkan had. Kerana pengetahuan manusia rata-ratanya diperolehi melalui pancaindera.
Kelebihan dalam(Intrisik)
Mungkin ejaan dalaman/intrisik itu salah. Ada pengetahuan yang bersifat dalaman, iaitu minda. Dengan minda inilah manusia boleh melakukan apa sahaja.
Minda ini dijelaskan kewujudan melalui empat dalil. Dari Ibnu Sina.
1. Apabila manusia bercerita, yang diceritakan itu adalah "Aku" bukan jasadnya. Aku inilah minda.
2. Jasad manusia berubah, dari bayi hingga ke dewasa. Ada satu benda yang tidak berubah, "Aku". Inilah minda.
3. Manusia bergerak. Dan gerak ini terbahagi kepada dua. Gerak secara alamiah dan secara paksa. Contoh paksa, nak makan, nak minum. Yang secara semulajadi seperti berjalan, memikirkan masa depan. Menggambarkan apa yang orang ceritakan, inilah gerak kerja minda.
4. Kau pejam mata. Bayangkan badan kau terpecah kepada beberapa bahagian seperti tangan kau tercabut dari badan, kaki kau tercabut. mata kau tercabut. Dan kau rasa kau masih hidup. Itulah minda.
Dalaman ini yang aku percaya ahli sufi takrifkan sebagai kalbu. Aku membezakan antara kalbu dan minda. Menurut pandangan ahli sufi, kalbu (fu'ad) adalah satu keadaan pengetahuan yang lahir dari hati. Manakala, minda ini dimiliki oleh semua orang. Nampak?
Kiranya Fu'Ad ni khas dan dimiliki bagi orang tertentu, sedangkan minda mampu dimiliki oleh semua orang.
Fu'ad boleh berfikir dan mendalami jiwa haiwan seperti burung. Mungkin secara pantas dan cepat, berbanding minda yang memerlukan kerja akal yang banyak, eksperimen yang berulang kali bagi dapat keputusan yang baik. Jadi, fu'ad pun ada tingkatannya.
Kelebihan Burung.
Soalan aku, bagaimana burung pun memiliki pengetahuan? Pengetahuan itu melangkaui pemikiran manusia. Sarang burung itu wujud dahulu sebelum manusia memikirkannya. Jelas, manusia punya akal terbatas.
Kesimpulan. Manusia mempunyai sempadan dalam berfikir. Menggerakkan manusia untuk berfikir bukan senang. Harap kau dapat manfaat dari kisah burung ini.
Jangan anggap orang jahil, peminum arak itu bodoh. Kau jangan lupa, burung tu tidak mempunyai akal seperti kau. Namun, dia mampu membina sarang, yang bawa banyak manfaat kepada manusia. Kau dengan peminum arak, mungkin berbeza darjat ketakwaan. Tetapi, tidak bermakna peminum arak itu bodoh lagi dari kau yang tidak berbuat dosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan