Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Sabtu, 20 Jun 2015

3 hari puasa

Seronok tengok post dan pengalaman orang berpuasa. Rasanya sepeeti aku yang puasa. Tapi semua itu bukan aku, inilah peristiwa puasa 3 hari aku. Berpuasa di Bazaar Ramadhan.

Atas ingin mengutip pengalaman berniaga di Bangi. Aku pun terima tawaran sebanyak Rm25. Tapi, setelah pertemuan dengan tauke aku. Rupanya bayaran tetap RM20. Memang lumayan. Jaga bazaar berapa jam, dapat gaji yang banyak itu.

Bazaar aku, seksyen 7 di kawasan Bangi. Orangnya sangat sedikit sekali. Baru 3 hari, dan semalam rupanya short berlaku RM15. Hairan juga aku.

Pertama, orang yang singgah membeli tidak terlalu banyak. Kedua, orang yang membeli pula guna duit cukup-cukup. Oh lupa, aku jual tepung pelita. Satu berharga 60sen. Dijual sebanyak 5=Rm3.

Kebanyakan pembeli membayar rm5 dan sepuluh. Tidak juga aku bodoh dalam menghitung. Ketika diberitahu short RM15, ada juga banyak pembeli yang memberi duit lebihan;tips. Katanya sedekah di bulan Ramadhan.

Peliknya aku, berlaku juga short. Itu sangat menghairankan. Kerana pembeli tidak ramai, dan jika aku ingin mencuri pun agak bodoh. Aku terus rasa tidak sedap hati, dan mengambil keputusan untuk berhenti.

Mengapa?

Aku bekerja selama 5 jam. Pergi pukul 3 balik pukul 7.45. Keuasan untuk berniaga tidak ada. Kerana orang tidak ramai. Seolahnya salah aku kerana tidak ramai pelanggan. Biarlah jika esok aku berhenti, dan pelanggan kemudiannya ramai. Agaknya aku yang membawa cibai.

Aku berlaku jujur. Bukan aku bekerja kerana ingin wang. Aku ingin bekerja mendapat pengalaman. Gaji aku banyak aku habiskan untuk orang kurang upaya. Pernah aku dapat gaji dalam tempoh 3 hari, duitnya aku belanjakan kepada OKU. Kerana OKU tidak punya upaya, dan aku berkongsi rezeki.

Lain halnya pula dengan tauke aku. Dia menegur kerana aku membaca buku. Dari pukul 2.50 aku bergegas ke lokasi. Dan menunggu dia dalam 3.40. Apakah salah untuk membaca buku. Kemudian, ketika berniaga tidak pula aku membaca buku. Apakah nasib aku?

Salahkah membaca ketika menunggu dia datang? Jika kita tukar situasi, semasa menunggu dia aku bermain handset, mungkin tidak salah. Entah,rupanya dunia berbeza.

Aku merasakan kurang enak untuk bekerja. Mungkin, kerana aku anggap dia menyalahkan aku kerana tidak mampu menjual kuih itu habis. Jika benar aku salah, dengan pemberhentian aku , dia tidak akan rugi. Namun jika benar rezeki itu milik Tuhan, maka nasib aku(pembeli yang tidak banyak) akan menimpa dirinya.

Tuhan, jika benar kau ada. Maklumi kepada aku, jika benar aku bersalah. Maka, dua keampunan akan aku pinta. Pada Mu dan padanya. Jika benar aku di jalan yang lurus, aku ingin memohon 3 keampunan. PadaMu, padanya dan pada diriku yang lemah dalam berniaga.

Tuhan, moga Kau dengar tulisan ini. Ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan