Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Khamis, 18 Jun 2015

Ajarkan Aku lebih Dewasa.

Tuhan, kurniakan aku kemaafan.
Limpahkan aku erti kemaafan.
Berikan kekuatan untuk kemaafan.


Tiba-tiba, aku sedar bahawa manusia yang besar perlu sikap yang besar. Benda besar ni merujuk kepada pelbagai sifat baik yang dianjurkan. Disebabkan aku tidak memiliki sebahagian sifst besar, aku rasa aku perlu didik diri aku dengan dua sifat.

Pertama, sabar.
Kedua, kemaafan.

Adalah rugi jika manusia itu tidak belajar. Sehingga malam tadi, aku rasa kerugiaan yang amat akibat tidak mampu bersabar dan maaf. Puasa pertama, dan aku seharusnya perlu bersabar. Aku selalu mengingatkan rakan aku makna sabar, sehingga aku terlupa bagaimana akan rupanya sabar.

Kemaafan adalah satu perkara sukar. Paling sukar untuk dimaafkan adalah diri aku sendiri. Kadangkala, kekeliruan mengeruh keadaan. Keruh itu menutup jernihnya kebenaran. Sehingga aku tidak bertemu dengan kemaafan.

Biarlah, jika manusia itu tidak mampu memaafkan orang lain asalkan dia sudah memaafkan dirinya. Kemaafan kepada diri membawa kita supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Orang yang sentiasa melakukan kesalahan adalah manusia. Dan orang yang selalu melakukan kesilapan yang sama adalah iblis.

Tuhan, kurniakan aku segala bentuk kemaafan.
Aku takut untuk jadi lebih jauh, dan aku berani juga untuk mengharap.

Tanpa takut dan harap.
Aku rasa,
Diriku tergolong dalam kalangan manusia yang takbur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan