Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Sabtu, 24 Januari 2015

Tak Tahu

Siapa tahu?

Mungkin ada di luar sana orang memerhatikan kita. Membicarakan tentang kita. Sedang belajar daripada kita. Tapi kita tak sedar pun siapa orangnya, bagaimana rupanya. Kita cuma ada satu kesedaran, moga kawan-kawan kita lebih menghargai kita daripada mereka yang "tidak-diketahui-orangnya".

Aku terfikir nak ikut-serta dalam program TFTN. Tapi, aku ada satu kesedaran. Ya, sememangnya aku perlu untuk belajar segalanya. Mengajar secara sukarelawan bukan satu kerja yang mudah, Mereka yang mengajar adalah wira yang tidak didendangkan. 

Kemudian, aku bermimpi. Aku duduk dalam kalangan anak yatim. Aku tak reti tulis dan membaca. Menangis aku dibuatnya. Betapa aku marahkan diri aku sendiri. Mengapa aku tidak boleh membaca!

Teringat pula kisah daripada kawan aku yang menceritakan bagaimana pak cik dia tak dapat membaca. Sakitnya itu kau seorang sahaja dapat merasa. Kau tahu, tapi kau tak dapat nak paham dan keluarkan suara.Macam pelik pulak, kau dah lama boleh baca. Kau tahu huruf, tapi macam kau lupa. Kau cuba perah otak untuk ingat. Tapi, lahanatnya, kau tak dapat baca. Baru aku rasa, nikmat juga sebenarnya dapat membaca.

Nak dijadikan mimpi, aku mimpi pulak ada abang-kakak yang datang mengajar. Bila ditanya, mereka mengaku mereka orang TFTN. Wah, kepalang rasanya. Sebab aku tahu membaca, dan dalam mimpi tetiba tak boleh membaca. Jadi mestilah aku bersemangat. Itu minat aku.  Aku nak kembalikan semula nikmat yang dah lama aku kecapi.

Aku terpandang pulak kanak-kanak yang duduk dengan aku. Ada yang mengeluh kerana mereka perlu belajar. Ada yang mengeluh mengapa mereka perlu berkejar mengikuti orang lain. Hati aku dilanda kesayuan, rupanya setiap manusia memiliki impian yang berlainan.

Aku tak tahu apa kerja TFTN sebenarnya. Adakah sukarelawan juga memberikan mereka suntikan semangat? Aku minta maaf, kerana aku benar-benar tidak tahu. Dalam keadaan aku tengah bersedih, tiba-tiba kepala aku diusap.

Mimpi aku bersambung dengan pertemuan dengan pelacur kelas atasan. Itu kisah lain, yang pentingnya. Kedua-dua mimpi ini aku akan sambung di kemudian hari.

Sebaik sahaja aku bangun, aku terus mesej kepada rakan ku yang banyak memberikan slot motivasi. Bagi aku, satu keperluan ledakan bagi anak-anak yatim untuk tahu mengapa mereka diajarkan. Mungkin, ada dalam kalangan mereka tidak memahami.

Kau boleh kata, tindakan motivasi ini adalah satu perkara yang sia-sia. Atau kau mungkin jumpa pakar motivasi yang lain, hebat daripada aku. Tapi, setelah aku bertanya dalam keadaan serba ringkas, aku ingin mengadakan satu slot motivasi yang lebih bermakna. Yang tidak sia-sia, dan tidak "mati" ketika motivasi itu sahaja. Silap-silap koordinator TFTN pun aku nak motivasikan sekali.

Cadangan aku disambut baik, biarpun masa aku telah tamat, dan agak lambat untuk  mengenal TFTN, tapi ini bukanlah pengakhirannya. Kami akan cuba, untuk melakukan yang terbaik.

Tapi, aku tak tahu, adakah perancangan ini sudah dimakbulkan oleh Tuhan? Siapa tahu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan