Ada dua soalan berputar semasa aku telah bangun dari
tidur. Dan soalan pertama aku dapat sebaik sahaja aku buka fb. Dengan adanya
manusia meletakkan butang add, dan aku approved. Kemudian soalan pun bermula.
Dalam
banyak-banyak soalan, soalan yang aku paling takutkan nak jawab adalah soalan
ketuhanan. Kau tanya lah aku bab fiqah. Kalau aku jawab salah, aku dapat satu pahala.
Kalau betul aku dapat 2 pahala. Dan kalau silap bab fiqah, aku akan tanggung
dosa dia. Contoh, dia tanya boleh tak pakai selipar dalam masjid. Aku jawab ya.
Maka, setiap kali dia pakai selipar, aku akan dapat dosa. Dan dosa aku akan
terhenti kalau ada orang tegur dia, cakap yang aku salah. tengok, memang
berdosa. Tapi dalam tempoh sekejap. Sebab ni zahir.
Ketuhanan
ni saudara dan saudari,benda dalaman. Orang tu syirik pun kau tak tahu. Mana
nak nampak pada zahir. Lain kalau dia sembah berhala. Dan aku tengah bercakap
dalam konsep Islam. Aku tak nak kata agama lain syirik. Sebab aku pakai konteks
Islam maka semua bertentangan dengan Islam adalah syirik.
Baik,
benda yang Azazil nak dalam hidup manusia, bukan sekadar syariah, Matlamat
tinggi dia adalah membawa orang syirik kepada Tuhan. Syirik ni bahagi dua
pulak, ada yang kecik dan ada yang besar. Yang besar ni boleh nampak pada
perbuatan, Kecik inilah bahaya. sebab lama-lama syirik kecil ni akan membawa
kita jadi munafik.
Dan
bila aku salah jawab untuk soalan ketuhanan, membawa orang kepada syirik.
Berapa banyak dosa aku? Dan kalau dia mati dalam keadaan tidak beriman, mampus
kau kena tagih kat akhirat. Dan sebab inilah ketakutan aku bertambah-tambah.
Lebih
malang, seseorang bertanya dengan aku bab ni. Baru bangun tidur. Fuhh. berpeluh
aku. Soalan dia mudah ajer. Tuhan ni tahu tak apa manusia fikirkan, dan adakah
ini menandakan manusia sebenarnya tak Privasi. Dan adakah pengetahuan Tuhan
serasi dengan perbuatan manusia. Dengan erti kata lain, adakah orang syirik pun
sebenarnya Tuhan tahu dan relakan.
Dan
sebenarnya aku nak salahkan kawan aku, sapa lah bagitahu suruh tanya aku.
Ahaha. Sebab aku suka jawab soalan berdasarkan perbincangan. Apa aku tahu, dan
apa kau tahu, kerana aku suka selaraskan apa yang aku tahu dengan apa yang
orang tahu. Ahaha, itulah aku. Setakat ni orang yang salu aku berbincang
seorang aje. Lelaki. Dan otak dia memang baik, usaha dia pun sama. Dan aku
selesa.
Berkenaan dengan persoalan tu, aku berterima kasih
dengan buku. Sebenarnya Tuhan tahu, tapi pengetahuan Tuhan tak mendatangkan
kesan. Kau merepek apa ni gila? Eyh, betul lah. Memang Tuhan tahu, dan
pengetahuan tu tak mendatangkan kesan. Kenapa? Ala, macam kau tahu kucing nak
beranak. Kau tahu ke tak tahu, kucing tetap jer beranak kan?? Tak akan pulak
kau tahu , terus kucing tu tak nak beranak. Hahaha.
Dan
adakah perbuatan kita serasi dengan pengetahuan Tuhan? Semestinya, Tuhan ada
sifat Rahmat. Segala usaha kita tu , agak berbaloi dengan Rahmat Tuhan. Macam
kita study waktu exam, makin banyak study, makin banyak dapat jawab. Nak tahu
kenapa aku tak jawab makin banyak study makin banyak dapat A? sebab aku tak
yakin dengan pertanyaan tu. Aku yakin kalau banyak study makin banyak kita leh
jawab. Ahaha. Sama jer, cuma aku tak jumpa apa kau jumpa; makin banyak study,
makin dapat banyak A.
Dan
sebenarnya dalam benak aku ni aku nak salahkan kawan laki aku yang banyak
bincang dengan aku. Aku rasa macam kena jual jer. Tapi takpe, dia jual aku. Ada
hari aku jual dia. By the way, kawan aku ni memang rajin. Dan bab aku paling
respek sekali kalau dia berbincang, Tasawuf. Fuh. Pemikiran Tasawuf dia aku
bagi thumbs up. Maksud aku, theosofi lah, kau tak tahu apa itu theosofi? Cer
google.
Dan
akhirnya aku bertanya kepada satu soalan kepada yang bertanya. Kenapa dia cari
aku. Dan sah, aku kena jual. Ahaha. Sebab hanya seorang jer kawan-kawan aku ni
yang tahu jenis soalan yang aku boleh jawab. Dan semestinya orang itu Yansari!
Dalam
penulisan ni jugak, aku sedang melepaskan tekanan otak. Sebab pasni aku kena
sambung untuk tulis fasal liberal. Kalau lah diperlukan. Persoalan liberal ni,
sebenarnya mudah, tapi setelah kau tahu sejarah dan kemunculan dia je. Kalau
aku tulis macam mana buku tulis, Nescaya orang agak sukar nak fahami. Sebab
berat! dan penggunaan bahasa mestilah tepat. Bukan bermakna aku terbeban nak tulis, aku tengah fikir nak hubung kait , dan letak sebab akibat. Cara manusia berfikir ni lain, so kalau secara personal agak senang lah nak buat. Kalau sekelompok. Itu lagi mencabar.
Ucapan
terima kasih aku ungkapkan kepada mereka yang banyak berjasa dalam membentuk
aku menjadi seorang penulis. Dan dalam penulisan ini aku nyatakan wajah-wajah
mereka. Mereka ada dalam setiap saat, paling tak pun karya mereka menjadi
rujukan. Tapi siapakah mereka? Memandangkan aku tak ada android, aku tak dapat
nak letak wajah. Ye lah, aku cakap nak nyatakan wajah. Bukan nama.
Terima
kasih kepada mereka yang di luar sana. Sedikit sebanyak aku menulis adalah
sebagai rakaman aku respon kepada persoalan yang dibangkitkan. Dan terima kasih
sekali lagi. Aku hargai kau yang membacanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan