Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Sabtu, 24 Januari 2015

Tak Tahu

Siapa tahu?

Mungkin ada di luar sana orang memerhatikan kita. Membicarakan tentang kita. Sedang belajar daripada kita. Tapi kita tak sedar pun siapa orangnya, bagaimana rupanya. Kita cuma ada satu kesedaran, moga kawan-kawan kita lebih menghargai kita daripada mereka yang "tidak-diketahui-orangnya".

Aku terfikir nak ikut-serta dalam program TFTN. Tapi, aku ada satu kesedaran. Ya, sememangnya aku perlu untuk belajar segalanya. Mengajar secara sukarelawan bukan satu kerja yang mudah, Mereka yang mengajar adalah wira yang tidak didendangkan. 

Kemudian, aku bermimpi. Aku duduk dalam kalangan anak yatim. Aku tak reti tulis dan membaca. Menangis aku dibuatnya. Betapa aku marahkan diri aku sendiri. Mengapa aku tidak boleh membaca!

Teringat pula kisah daripada kawan aku yang menceritakan bagaimana pak cik dia tak dapat membaca. Sakitnya itu kau seorang sahaja dapat merasa. Kau tahu, tapi kau tak dapat nak paham dan keluarkan suara.Macam pelik pulak, kau dah lama boleh baca. Kau tahu huruf, tapi macam kau lupa. Kau cuba perah otak untuk ingat. Tapi, lahanatnya, kau tak dapat baca. Baru aku rasa, nikmat juga sebenarnya dapat membaca.

Nak dijadikan mimpi, aku mimpi pulak ada abang-kakak yang datang mengajar. Bila ditanya, mereka mengaku mereka orang TFTN. Wah, kepalang rasanya. Sebab aku tahu membaca, dan dalam mimpi tetiba tak boleh membaca. Jadi mestilah aku bersemangat. Itu minat aku.  Aku nak kembalikan semula nikmat yang dah lama aku kecapi.

Aku terpandang pulak kanak-kanak yang duduk dengan aku. Ada yang mengeluh kerana mereka perlu belajar. Ada yang mengeluh mengapa mereka perlu berkejar mengikuti orang lain. Hati aku dilanda kesayuan, rupanya setiap manusia memiliki impian yang berlainan.

Aku tak tahu apa kerja TFTN sebenarnya. Adakah sukarelawan juga memberikan mereka suntikan semangat? Aku minta maaf, kerana aku benar-benar tidak tahu. Dalam keadaan aku tengah bersedih, tiba-tiba kepala aku diusap.

Mimpi aku bersambung dengan pertemuan dengan pelacur kelas atasan. Itu kisah lain, yang pentingnya. Kedua-dua mimpi ini aku akan sambung di kemudian hari.

Sebaik sahaja aku bangun, aku terus mesej kepada rakan ku yang banyak memberikan slot motivasi. Bagi aku, satu keperluan ledakan bagi anak-anak yatim untuk tahu mengapa mereka diajarkan. Mungkin, ada dalam kalangan mereka tidak memahami.

Kau boleh kata, tindakan motivasi ini adalah satu perkara yang sia-sia. Atau kau mungkin jumpa pakar motivasi yang lain, hebat daripada aku. Tapi, setelah aku bertanya dalam keadaan serba ringkas, aku ingin mengadakan satu slot motivasi yang lebih bermakna. Yang tidak sia-sia, dan tidak "mati" ketika motivasi itu sahaja. Silap-silap koordinator TFTN pun aku nak motivasikan sekali.

Cadangan aku disambut baik, biarpun masa aku telah tamat, dan agak lambat untuk  mengenal TFTN, tapi ini bukanlah pengakhirannya. Kami akan cuba, untuk melakukan yang terbaik.

Tapi, aku tak tahu, adakah perancangan ini sudah dimakbulkan oleh Tuhan? Siapa tahu?

Khamis, 22 Januari 2015

The Book Thief-Kisah Pencuri Buku

Walaupun tajuknya berkisar tentang seorang gadis(Liesel Meminger), jalan cerita danplot semuanya berkisar dengan Yahudi. Gadis ini mencuri buku untuk dibacakan pada Max(Yahudi) yang melarikan diri ke rumahnya. Liesel adalah anak angkat kepada pasangan Hans Hubermann dan Frau Hubermann. Dalam kartun Jepun, nama Frau ni merujuk kepada lelaki (07-Ghost).

Baiklah, seperti yang aku nyatakan, ingin nyatakan, bakal nyatakan, akan nyatakan, bahawa semuanya berkisar tentang Yahudi. Meraih simpati masyarakat untuk kasihankan Yahudi.

Yahudi pernah ditindas, pernah dibuang negara, sehingga mereka tidak mempunyai negara. Walaupun demikian, perkara ini berlaku disebabkan mereka gagal mengatasi perbezaan fahaman mereka sendiri.

Dalam Yahudi sendiri ada terpecah kepada 72 golongan, kegagalan mereka untuk bersatu menyebabkan mereka tidak mampu mendirikan negara Yahudi. Mereka hidup dalam perpecahan ini dalam satu tempoh yang lama. Mungkin sejak zaman Jesus Christ lagi. Atau zaman yang lebih lama lagi, mungkin setelah kewafatan Musa.

Bayangkan,,, sudah berapa zaman mereka rentasi untuk menghadapi perpecahan akibat perbezaan idealogi?

Yahudi juga terpecah kepada dua kelompok utama, kelompok konservatif; mereka yang lebih bersifat lama, dan bagi aku mereka adalah sebenar-benar Yahudi.

Kelompok kedua; Yahudi kacukan, yang sangat perasan bahawa mereka adalah Yahudi yang tulen. Mereka inilah yang kita kenali sebagai Zionis pada hari ini.

Hitler dan Pembebasan Yahudi.

Tak dapat dinafikan bahawa Hitler menyumbang kepada pembentukan negara Israel di Palestin. Benarkah Hitler membunuh Yahudi? atau ini sekadar lakonan?

Peristiwa Holocaust yang dilakukan ke atas Yahudi membawa satu makna, yang menyebabkan aku bersetuju dengan Pensyarah aku sendiri. Peristiwa ini tidak lain hanya untuk meraih simpati masyarakat terhadap nasib Yahudi. Persoalannya, benarkah ianya berlaku?

Ada dua pendapat yang boleh kita pegang. Pertama, peristiwa ini adalah seperti yang diwar-warkan oleh media. Pernyataan Hitler "Aku tinggalkan sedikit Yahudi untuk kamu fahami apa yang mereka bakal musnahkan dalam dunia ini".

Kedua, Yahudi yang dibunuh adalah dari kelompok asal. Disebabkan yahudi Kacukan(Zionis) merasakan kelompok asal ini hanya mendatangkan masalah kepada mereka.

Filem.

Maka, filem ini juga melakukan perkara yang sama. Filem untuk meraih simpati masyarakat kepada Yahudi. Pun demikian,filem ini memang mempunyai plot yang mendatar dan hanya mengisahkan Liesel yang mencuri buku untuk dibacakan kepada Max.

Ya, seharusnya ada peristiwa yang sama berlaku. Untuk meraih simpati masyarakat kepada golongan gelandangan dan anak-anak yatim. Percayalah, jika hari ini kita membunuh anak yatim dan gelandangan. Peristiwa ini akan dijadikan tauladan.

Cuma pastikan pembunuhan ke atas mereka dilakukan dengan begitu tragik sekali. Malangnya, perfileman kita masih berada pada taraf biasa. Belum tentu boleh menggugah hati penontonnya.

Isnin, 19 Januari 2015

Asyik Asyik

Kali ni, aku buat 2 benda dalam satu masa. Pertama , membaca. Kedua, membuang masa. Ahaha. Untuk memahami salah satu tulisan Zul Fikri Zamir, aku pun download movie; The Shawshank Redemption. Dan kebetulan, penulis Skrip cerita ni juga adalah manusia yang mempunyai minat yang sama dengan aku, minat dengan tulisan Alexandre Dumas(Dumb-Ass).

Hurm, macam mana dengan tajuk? Ha, ni namanya apa yang aku tulis ni adalah hasil aku bertanya daripada orang. Sebab tu dia jadi double. Boleh?

Baik, kita sentuh isu pertama yang dinamakan membaca. Apakah itu membaca? Sejauh mana kita tahu kita sudah membaca? Kenapa kita membaca?

Baik, membaca adalah sesuatu perkara yang biasa-biasa sahaja. Tapi, membaca membuatkan kita akan dapat 1 idea. Cukuplah satu, nak banyak-banyak tu wat ape? Baik, bila kau dah baca, semestinya kau akan sambung untuk membaca benda lain.

Jadi, adakah idea yang timbul sewaktu membaca itu penting? Penting sebab rare. Pedulikan orang nak cakap kau apa pun. "Eleh, kau sapa nak keluarkan pendapat sendiri". Hurm, semestinya kau harus tahu, idea kau lebih berharga.

Jadi, untuk menghujah atau menyokong idea kau ni, kau perlu jugak baca bahan sampingan. Maka, anggaplah kau sedang mendewakan idea kau sendiri.

"Idea yang kita nak bawak tu sebenarnya lagi penting daripada idea dalam buku".

Idea dalam buku hanyalah sebagai mekap, perhiasan untuk mencantikkan lagi idea kita. Nampak stail tak? Maka, sebab tu ramai penulis yang hebat adalah penulis dari kalangan banyak membaca. Nampak macam gah jer, ada nama itu dan ini, Padahal nama-nama gah ni nak support idea kau sendiri jer.

Bro?Nak habiskan satu buku payah.

Kau cakap payah, aku cakap "Gila! nak habiskan satu buku. tak nak lah!". Baik. Nak baca satu buku buat apa? Kau baca untuk dapat kerangka. Maybe kau baca satu buku tu sekali, belum dapat framework lagi. kerangka lagi. Jadi, bak kata lecturer aku. Kau kena baca berpuluh kali. Ibn Sina baca karya Greek, sebanyak ratusan kali, tanpa dia tahu apa dia baca.

Nampak?

Hah, yang pentingnya bukan buku. Tapi idea dalam buku. Ramai mereka di luar sana sibuk nak habiskan buku. Idea dalam buku tu belum tentu diaorang dapat. Haaaaaa.

Tapi, ada risiko, nak dapat framework sahaja mungkin makan masa. Bertahun dan berbulan dan berhari. Jangan la maki, releks bak kata I*a*. sapa tu? ahaha. Kau fikir lah sendiri.  Maka, kau perlu korbankan banyak masa untuk dapatkan idea.

Ok, walaupun kau korbankan 7 jam untuk dapatkan satu idea, itu tidak bermakna kau dah berjaya. Kalau kau berjaya habiskan 40 kali baca buku, kau belum berjaya kerana . Hasil membaca ni hanyalah 10%.

Mana lagi perginya 90%.

Hah,kalau aku cakap ni belum tentu kau percaya.

jadi kita masuk bab kedua yang dinamakan "Membuang Masa".

Cerita korea, kau mengumpat kawan kau, makan, minum, tidur, jatuh longkang, kena tembak sebab kau jadi cicak, solat, doa dan kau layan kartun. Waktu ni lah, segala idea kau tadi akan dihadam. Kau akan berfikir atas fikir(metafizik) dan lama-lama ia akan masak untuk kau olah jadi sebuah mesej. Ha, itulah pentingnya kau layan korea. Aku tak pernah maki kau layan pun. Haha.

Inilah 90% daripada kemahiran kau membaca, yang boleh kau panggil Implementasi(Implementation).

Memang betul masa tu jangan dibuang. Tapi bila kau berfikir sambil tengok korea ke kartun ke movie. Benda ni lah yang akan membina kau. Jadi, tiada masalah. Kadang-kadang secara tak sengaja kita akan link-kan(Hubungkan)secara tiba-tiba. Kan? Macam aku tengok cerita "How to Train Your Dragon", sampai aku rasa kartun tu bawak mesej.

"Jahat mana pun kau, bila kau bertaubat dan cuba untuk membantu orang lain, orang akan anggap kau hero. dan kau mampu pijak orang lain". Ini berdasarkan pemerhatian aku tengok "Night Fury" yang dikudakan oleh Hiccup.

Aah. Jadi, jangan risau kau buang masa...
teruskan berfikir...
Lepak-lepak dulu...
Lepak yang dikatakan tidak berlaku keborosan masa...
Lepak berfikir...


Menulis?

Bab terkahir, setelah kau menyeksa diri kau membaca tulisan aku. Baik, sebagai pemula. Aku perlu belajar menulis, kerana dalam proses kepengarangan, aku sentiasa belajar benda baru setiap kali menulis.

Tulis, bukan kerana kau mengejar pingat Jasa Bakti.
Tulis kerana kita perlu.
Kita tidak dapat lari dari menulis,,,

Dan satu-satunya orang yang akan membina tulisan kita. Haters leww!!!

Ahad, 18 Januari 2015

Kerja Makan

Semalam , terbuka satu kitab Tasawuf. Tajuknya aku tak ingat, tapi aku ingat lagi dia cerita bab makan. Kenapa makan perlu disederhanakan. Jadi, jum kita sama-sama belajar sikit pasal makan. Kita belajar tasawuf bukan nak dekat dengan Tuhan sahaja, satu-satunya kitab yang boleh ajar manusia jadi manusia, inilah kitabnya.

Berbalik kepada bab makan, sekurangnya kita pernah ditanya, kita makan untuk apa? Makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Ini soalan asas yang berjaya menggerakkan kita untuk berfikir sedikit. Cuma,setelah aku menyelak perihal makan, aku andaikan bahawa manusia bukan hidup untuk makan. Bukan jua makan untuk hidup. Manusia sebenarnya "Makan untuk tidur".

Kenapa tidur?

Dalam diri manusia ada satu benda yang dipanggil nafsu. Sebut nafsu orang akan terbayang perempuan;lelaki. Manakala perempuan mungkin akan membayangkan betapa banyak baju cantik yang diaorang pakai, mungkin juga barang kemas. Atau mungkin juga mereka akan membayangkan apa-apa sahaja bentuk pembaziran.

Tapi, sedarkah kita bahawa nafsu bukan sahaja menyebabkan manusia sentiasa pentingkan diri, sentiasa sibuk pasal dirinya sendiri? Bukankah manusia yang berpegang kepada nafsu adalah manusia yang hanya menceritakan perihal mengenai dirinya? Manusia yang bercerita perihal dirinya?

Kalau dia fikir pasal orang lain, dia tak akan ikut nafsu, sebab nafsu dia dengan orang belum tentu sama. Kalau dia peduli tentang kesusahan orang akibat nafsunya, dia tidak akan mengikuti nafsu. tapi, disebabkan dia "tidur", tidak mustahil dia sendiri tidak sedar akan perlakuannya.

Makan

Simbolik makan digunakan oleh Al-Ghazali untuk memelihara nafsu daripada semakin gemuk dan gebu, semakin sihat dan semakin bebas daripada sebarang penyakit. Nafsu bukan seharusnya perlu dibunuh, tetapi dikawal.

Dalam diri manusia ada 3 fakulti yang bergerak dan sentiasa mengalahkan antara satu sama lain. Fakulti rasional, marah, dan nafsu. Walaupun ketiga-tiga fakulti ini sering mengalahkan antara satu sama lain, namun jika seseorang itu berjaya mengawalnya, maka akan timbul satu keadaan yang dinamakan "keadilan". Kerana itulah nafsu, marah dan rasional tidak seharusnya dilenyapkan atau dibunuh. Sebaiknya ia dikawal.

Perkara utama untuk memelihara nafsu adalah dengan makan. Pastikan apabila kita makan, kita tidak berasa terlalu kenyang atau terlalu lapar. Dengan erti kata yang lain, setelah kita makan, kita tidak berasa kenyang, atau terasa lapar. Cuma yang ada rasa nak tambah makan sahaja. Jadi, tahanlah.

Makan untuk Tidur

Ironinya, manusia bukan mahu untuk sederhana dalam makan. Selebihnya mereka akan tibai selagi mampu. Selagi muat, dan selagi boleh terisi. Ibaratkan kereta, mereka akan isi minyak sampai full. Tak cukup dengan itu, mereka akan buat "bekalan", takut tak jumpa stesen minyak. Begitulah gaya manusia makan.

Disebabkan perut sentiasa terisi penuh, mereka berasa malas. Berasa sedap dan tidak mempu berfikir apa-apa. Mereka tidak mampu berfikir bagaimana nasib jiran, housemate atau adik mereka sendiri. Semuanya disebabkan kenyang. Kenyang itu nikmat, nikmat yang membutakan mata manusia. Jarang ada manusia yang kenyang, tapi masih mampu untuk berfikir tentang orang lain. Selalunya manusia akan tidur.

Kerana ini, manusia sentiasa tidur. Manusia makan untuk tidur. Saat mereka tidur, mereka tidak menyedari nasib orang lain, kesusahan orang lain, derita orang lain.

hari demi hari mereka suka untuk makan, sehinggakan mereka mengabaikan orang lain. Dan kesian, manusia yang tidak dipedulikan seperti gelandangan, anak-anak yatim dan orang miskin terabai.

Jangan salahkan kekayaan yang mereka perolehi, salahkan kerana falsafah hidup mereka bukan berkisar soal kemanusiaan, keagamaan dan kesejahteraan. Falsafah hidup mereka adalah untuk tidur. Mereka adalah manusia yang hilang sifat manusia, kerana seorang manusia kerjanya bukan sekadar untuk tidur tetapi untuk hidup, bernafas, membantu orang lain, berasa lapar dan dahaga.

"Makan untuk tidur".

Sabtu, 17 Januari 2015

Sembari Ingat

Tamat sudah mendengar beberapa puisi tulisan Gus Mus, dan aku juga membaca tulisan rakan-rakan akrab. Dan semakin kecil aku rasa,semakin jauh aku rasa, semakin aku berasa kerdil.

Dunia penulisan ini penuh dengan rencam, penuh dengan usaha. Ya memandangkan aku belum lagi berkuasa dalam penulisan. Aku semakin malu, semakin berasa tidak berilmu, semakin aku menunduk-nunduk dalam keringat.

Aku cuba untuk berdiri, kakiku terasa goyah. Aku cuba untuk bangun, tanganku terasa lemah.

Menulis dan mereka terus berada di atas, bukan kah ini maruah? Menulis dan kau tidak bisa untuk berjaya, bukankah ini maruah? Menulis, dan mereka cakap kalau kau berjaya dalam menulis, apakah yang kau dapat? Bukan kah ini maruah?

Menulis, dan manusia belajar untuk menulis. Bukan tanda kita manusia gagah?

Lalu kenapa kita menulis? Dan mesti teruskan perjuangan dalam menulis?

Sedangkan ini bukan zaman Fuqaha dan zaman Muhaddithin, ini juga bukan zaman pustakawan, Lalu mengapa manusia menulis?

Kita menulis untuk pendidikan, kita menulis untuk mencipta impian, lalu kita mengepakkan sayap-sayap menuju cita-cita. Kelak kita mampu untuk mematuk pintu-pintu yang sudah lama tertutup. Siapa tahu, pena-pena itu mampu menyuburkan mimpi yang kita  renungi.

Jumaat, 16 Januari 2015

Makan hari

Sekarang dah genap 2 hari, dan sepatutnya aku leh letakkan benda nie sebagai aniversarry. Untuk ape ye?? Sebab berjaya kemaskan barang dalam tempoh 2 hari.

Selepas hari ni aku tahu, sangat-sangat  aku tahu. Bahawa aku memang banyak buku. Entah buku apa. Terfikir nak buang, tapi aku sayang. Pastu dalam tempoh 2 hari ni jugak, aku berjaya mengkategorikan buku tersebut kepada 2 bahagian; Pertama, buku yang aku beli. 2 kotak. Kedua, buku yang aku jumpa(dibuang, diabaikan tepi tong sampah, atau macam tak ada tuan) sebanyak 3 kotak. Dan, sebenarnya, buku yg aku jumpa nie tak cukup pun 3 kotak. Aku simpan dalam beg terbuang, dan juga, bawah katil. Penat aku camni,

last aku tulis 12 Jan, dan hari ni aku menulis. Mak aih, berapa lama cuti, aku buat apa tah. Dan, kalau orang tanya "Cuti buat apa?". Dalam tempoh 5minggu dan ada kelas akrab ni, aku jawab "Aku nak habiskan buku-buku, novel".

Sehinggalah aku terfikir sesuatu, banyak-banyak baca ni untuk apa? Aku dah sampai tahap malas nak baca. tapi ada 'alergi' untuk belajar benda baru. tapi, untuk apa sebenarnya aku membaca? Kenapa tak baca jer tafsir?

Itulah yang aku nak cakap, benda-benda mudah camni pun sebenarnya makan masa. Makan Hari, dan kau masih tak jumpa jawapannya. Bak kata member aku, seorang YDP persatuan, biar gagal keputusan, jangan pernah gagal dalam berusaha.

**untuk sambung tulisan lalu, aku tengah fikir, apa benda yang aku lupa. Ahaha.

Lagu; Do it like a Dude (Jessie J)

Ahad, 11 Januari 2015

Membuang masa

Esok aku exam, tapi dah tak da mood nak study. Sebab apa? Suka untuk membuang masa? Tak jugak, aku masih lagi nak skor untuk exam. Tapi, PK punya pasal buat aku terfikir jauh la.

Melihat kau selalu, mendengar celotehmu selalu... Sampai aku terlupa segala pekerjaanku... Yang penting ataupun tidak...
Aku masih lagi memikirkanmu... Aku masih lagi berdiri di belakangmu... Bernafas dan menemani kamu...
Rupanya cinta hanya membuang masa... Tapi aku suka untuk membuang masa... Dan aku suka dengan cinta ini... Cinta untuk membuang masa...
Waktu aku baca lirik dia, pergh, menangis oi. Tak, aku tak maksudkan aku jiwang. Tapi, kau tak akan nampak kasih sayang kalau kau tak bayangkan dia. Bagi aku PK sanggup buang masa untuk dengar dan menemani Jaggu.
Besar pengorbanan tu, dan pengorbanan paling besar adalah dia satukan cinta yang Jaggu nak. Bukan orang sebarang leh buat camtu.Orang aku kenal , bila dah putus cinta,terus bermusuh. Dan kalau nak tengok lelaki/perempuan tu cintakan kau, tengok selepas dia putus dengan kau.
Kalau dia berdendam, nampak sangat dia hanya sayang kat kau. Tapi kalau dia masih steady dan masih lagi mendoakan kebahagiaan kau. Itu ertinya cinta. Dan kalau kau terlepas manusia camni,memang rugi.
Kebetulan, baru lepas kelas kaji filem. Semestinya kisah PK ada happy ending. Tapi siapa tahu perasaan Aamir Khan lepas dia korbankan cinta dia kepada Jaggu? Bagi aku, cerita PK memang heppy ending, tapi untuk Jaggu, bukan Aamir Khan. 
Dan itulah yang dikatakan, Love is waste of time, and i love to waste my time. 

Khamis, 8 Januari 2015

Exam Esok

Tajuk dah menandakan EE, Exam Esok. Dan waktu tengah menulis perkara ni, ada pulak orang sarawak depan mata aku. Siap cakap Sarawak, dan aku pun paham. Malas pulak nak tegur, sat g panjang cerita, dan makin melarut-larut. Maklum, orang Malaysia ni terlebih ramah.

Dan ada apa dengan exam esok? Ya, esok adalah peperiksaan dan aku rasa malas sangat. Aku nak tidor, tapi banyak benda lagi aku tak belajar. Korban dua jam. Lusa pulak ada kelas, alamak. Itu biasa, tapi entah, bila esok bermula, dan penderitaan pun akan lahir. Kenapa?

Lupakan tentang penderitaan, jadi, esok adalah ujian peperiksaan. Entah sejak bila aku boleh rasa begini, rasa malas nak habiskan pelajaran. Bukan seronok pun buat benda yang kita tak minat. Merangka jawapan dan terpaksa menghabiskan keringat untuk menjawab soalan. Aku asyik terfikir, kenapa nak rangka jawapan ini sesuatu perkara yang membosankan?

Aku harap jer skema jawapan aku ada kena kritik. Macam kau periksa waktu sekolah dulu, mesti ada cikgu tanda merah kan? Dan untuk mengelakkan tanda tersebut berulang, kau semestinya belajar dan cuba baiki kesilapan. Benda tu dah tak da kat universiti, aku tak cakap nak masuk sekolah balik, tapi aku nak benda tu. Benda yang dinamakan menghargai. Benda yang semakin hilang dalam hidup kita apabila menjengah dewasa.

Sebab aku sendiri tak menghargai pensyarah, datang kelas pun tidak. Ah, aku terlupa, aku nak kongsikan pengalaman kawan aku , berkisar soal menghargai. Begini ceritanya.

Arakian budak Pengajian Islam masuk kelas, dengan tudung labuh dan kopiah, tiada perkataan mencarut seperti "Lahanat,Lahabau" dan sebagainya . Membuatkan orang merasakan mereka begitu beradab. Dan seorang yang menghormati guru tatkala kelas habis disalam dan dicium. Satu perkara yang berlaku membuatkan guru tersebut berasa tidak selesa dengan budak Pengajian Islam, katanya

"Saya tak harapkan awak tunduk dengan saya, cium tangan lepas kelas. Kalau papan hitam ni seminggu tak da langsung inisiatif awak nak padam. Jangan kata awak hormat saya kalau lambat hantar kerja".

Kau paham tak sekarang? Adab dengan guru ni lain woo. Bukan setakat tak leh ngumpat ke apa. Aiya. Baiklah, kembali kepada "aku".

Nak kata menyesal tak masuk kelas, tak ada lah. Rasa rugi pun tak ada. Habis rasa apa? Rasa celaka. Sebab bila aku tak masuk kelas, aku tak leh ingat apa yang guru ajar. Ibarat aku kena belajar sendiri. Dan aku benci belajar sendiri. Ya, ada sesetengah orang kata, tak masuk kelas leh skor quiz lagi tinggi daripada orang masuk kelas. Dan aku sebenarnya tak lah suka, nak membangga diri. Tapi, kau faham tak? Quiz itu soalan, rajin baca markah tinggi la. Itu sahaja.

Dan kesannya bila tak masuk kelas, aku rasa malas nak belajar. Haha, sebab kena ulang dan ulang untuk faham. Bila aku masuk kelas, aku baca sikit jer, dalam 4 jam dah leh khatam, sekarang aku habiskan 7 jam untuk paham sahaja. Belum mencatat isi penting. Aku tak rasa rugi ke menyesal, rasa celaka.

Dan, esok exam. Buku dah khatam, nota dah khatam, tinggal mencatit sahaja. Ok, dan esok juga hari bosan aku, sebab kena jawab dan mengarang. Pastu kau sendiri tak tahu bagaimana nak skor karangan kau. Rasa menyesal pulak tak belajar waktu STPM, ye lah, sekurangnya tak aku jadi rajin sangat macam sekarang.

Masuk Ijazah, banyak benda kena buat sendiri. Dan kalau nak perform, perkara asas memang kena khatam dan hafal dan faham. Sekarang nak khatam, hafal, faham perkara asas satu hal, nak belajar perkara lain satu hal. Aku salu salahkan dunia, cubalah hidup masa zaman Turki, kan senang? Belajar dan belajar waktu kecik2, pastu leh lompat kelas, masuk masjid leh ikut mana kau nak, majlis ilmu mana kau pilih dekat masjid tu. Fuhhh, betul-betul menjeleskan aku. Tapi aku duduk era kolonial, materialisme berleluasa, minat pun kena sejajar dengan pekerjaan.

Dan esok exam, aku masih lagi rasa celaka.

Selasa, 6 Januari 2015

Bakat dan Minat

NI namanya melanggar pantang, aku baru berangan nak buat tajuk dengan 2 kata aje. Dan tajuk ni jugak melanggar pantang.

Penat, baru main tengah malam. Main apa? Hurm.

Ok, sekarang aku gedebuk jatuh,sangkut kat net. Sakit. Badi ke daulat? Daulat kot. Aahaha . 7 Januari, tak pasal-pasal aku fobia. Aiyo.

Dan waktu main tak best,yang best waktu dah habis. Duduk dengan kawan sambil lepak. Dan keluarla topik "Bakat dan latihan". Dia minat main bola, dan dia datangkan contoh. Padahal bukan main bola, ada ke bola sepak main pakai net? Tak da weii.

Aku baru tahu C.Ronaldo, player kiri Real Madrid tu sebenarnya selalu berlatih, dia bukan bakat. Waktu mula-mula dulu dia bodoh je main.Tapi, L.Messi memang bakat, kecik-kecik dah power. Jadi soalan tu dituju kat aku. Wei(dia panggil aku), kau minat ke bakat? Belum sempat aku jawab, dah ada orang jawabkan.

Bakat. Ye ke? Aku cakap dalam hati. Padahal dulu aku berlatih gila bangang kot. Ahaha, siap kena otik, apala player MASUM, main first ball tak ada. Adoi.

Betul la, lama tak main, makin hilang power. Rupanya, aku memang minat, bukan bakat. Tapi, main sukan ni memang padan dengan timing. Ala, sapa tak main lama pun gerenti hilang timing. Lagipun benda ni berkaitan step kan?

Terima kasih kat member aku. Dapat ilmu baru, antara bakat dan minat. Mana kau sebenarnya? Aku dalam bab menulis ni bakat ke minat? Aku rasa.

Jadi, sekarang. Dia cakap, bakat ni, kalau tinggalkan pun, kau masih power. Messi, kalau kena penjara 10 tahun, mungkin dia power. Dan bakat ni boleh nampak waktu dia masih kecik. Hm, aku suka dengar ceramah dia. Dan dia ambil course sejarah. dan idola aku dalam bab sukan.

Aku tak jumpa lagi jawapannya.

Akibat penat, mata tak leh lelap. haiyakkkkkk.

Isnin, 5 Januari 2015

Liberal ?

Panduan Liberal

Aduh, dah beberapa hari tengok dan tengok apa maksud liberal. Cemana nak mudahkan ape benda ni liberal. Dari baca, fikir sampai dalam mimpi boleh pulak ada satu watak cakap “Meh aku cerita apa ni leberal”. Gaya dah macam Iblis masuk dalam mimpi aku untuk terangkan apa itu liberal.

            Baik, balik semula zaman Kristian. Alamak, bukan Kristian tapi Eropah. (Sambil dengar lagu Sherlock). Bila sebut Eropah, kira cakap fasal Barat la tu. Barat=Eropah. Jadi, sekarang bila cakap camni, Barat tu merangkumi kawasan mana? Ha. soalan baik dan jawapan pun kira baik. Barat ada dua, North dengan South. Eh? Bertambah arah? Yang ni kena cari sendiri.

            Tapi apabila dalam jurnal atau buku, Barat yang dicakapkan tu merujuk kepada Italy, Germany, France, Spain dan England. Ok, sekarang dah tahu peta sikit, kemudian baru kita pergi ke arah liberal.

Sekularisme pemangkin Liberal 

Bila agama ditolak, bermakna agama orang tak nak pakai. Waktu tu orang rasa agama(kristian) hanya gilakan wang. Faham? Jual segala surat pengampunan pastu hanya puak gereja(agama) je yang boleh keluarkan tafsir.

            Tafsir? Ye, sebab waktu tu Bible ada kat tangan Paderi. Waktu orang buat sekularisme, menolak agama daripada campur tangan dunia, Bible masih lagi dipegang oleh puak gereja(agama). Jadi, walaupun agama tak dipakai untuk dunia, agama tak lenyap secara terus.

            Ok. Sekarang, kita bayangkan semula kedudukan ni camne. Aku bagi contoh mudah kat Malaysia. Anggap Malaysia ni rakyat memberontak sebab agama.

            “Malaysia isytihar tak nak pakai agama. ekonomi, politik dan sosial akan dibentuk dengan pemikiran manusia tu sendiri. Sebagai contoh, riba boleh, sebab agama tak akan masuk campur dalam ekonomi. Nak tindas rakyat boleh, sebab agama tak ada dalam politik. Dan laki perempuan boleh melakukan hubungan sejenis dalam kehidupan, sebab agama tak boleh masuk campur dalam sosial,

Kenapa semua ni berlaku? Salahkan JAKIM, sebab selama ni hanya memundurkan masyarakat. Diaorang suka hati ja tafsir Quran dengan hadis sebab nak dapatkan duit dan kekalkan kuasa dalam mempengaruhi ekonomi, politik dan sosial. Malang, apabila rakyat sedar, semua penipuan ini akhirnya ditumbangkan dan JAKIM lenyap.

Waktu tu, ada pulak segolongan cendiakawan ni tengok kelompongan manusia yang menolak agama. Lagipun Quran dan Hadis ni tak bersalah. Salah terletak pada JAKIM, sebab sekati tembak je tafsir, pastu buat fatwa semata-mata duit! Ow, sekrang nampak tak punca masalah? Semuanya disebabkan TAFSIRAN yang salah mengenai Qur’an dan Hadis.

Maka apa yang golongan cendiakawan buat? Kita rampas Quran dan Hadis dari tangan JAKIM, then buat tafsiran sendiri. Maka, bermula perjuangan “memajukan” agama dalam kehidupan. Maka,

Liberal pun Muncul.

Jadi, pasni kita buat tafsiran baru, tak payah ikut tafsiran yang terdahulu. Kita pakai sahaja tafsiran otak kita, asalkan kita guna je Quran.

Cerita kat atas, kau ubah, sebab tu contoh.
Malaysia=Eropah.
Jakim=Gereja.
Cendiakawan=Protestan Liberal.

            Kau dah baca balik perenggan atas dengan menukarkan sendiri ayat-ayat yang aku bagi tu? Kalau dah, meh kita gerak ke Timur pulak. Muncul pulak liberal kat dunia Timur, sebab dah rasa nasib diaorang sama dengan Eropah, ceh. Berangan. Macam orang Malaysia nak berjuang bunuh Buddha kat Malaysia, disebabkan Buddha di Filipina tindas orang Islam kat sana. Woi! Bukan Buddha Malaysia yang bunuh Islam di Filipina. Faham? Lagipun tu contoh mudah la.

Bahaya Liberal.

1. Pakat tembak je tafsiran. Macam Amina Wadud, nak tafsir Quran dengan menangkan wanita.

2. Quran dan Hadis, bila kau tak pakai metode lama, maka akan lari maksud sebenar. Babtu kena pakai tafsir yang lama. Ertinya sukar nak guna tafsiran liberal.

3. Quran kan ada ayat nasikh dengan mansukh. Cth; Arak diharamkan tiga peringkat. Jadi, kalau tak pakai metode lama, sah2 kau cakap Quran pembohong, tak da stance, sebab kau tak tahu sebab akibat. Mesti kau cakap “apala Tuhan, kejap boleh , kejap tak boleh”.

4. Bila tafsiran lari, semua benda lari.

5. Sebab Akidah, Syariah dan Akhlak semuanya orang Islam bina berdasarkan Quran dan hadith, bila kau silap tafsir. Macam-macam leh jadi.

6. Sebab tu ada yang cakap Quran menaja Pluralisme, sebab Allah tak kata bersalah jadi Yahudi, malah kata Iman semua orang adalah sama. Benda ni Cak Nur(Nurcholish Madjid) yang cakap, berdasarkan tafsiran dia pada ayat Baqarah;62 dan Maidah;69. Cer buka tengok. Benda ni yang merosakkan akidah.

7.Bab Syariah, macam kisah poligami. Semedang cakap Poligami diharamkan. Ok-ok, sensitif. Diaorang tafsir aurat pulak sekadar menutup kemaluan. Tak pakai tudung pun tak pa.
dan lain-lain lagi.


Sebab tu lah Liberal ni bahaya. Sebenarnya kelemahan umat Islam sendiri, terlalu mengampu penguasa, dan menggunakan metode yang salah dalam memahami Quran. Sepatutnya Quran membela semua manusia, bukan Islam sahaja. Dan setakat ni kau boleh faham? Sebab inilah sejarah Liberal yang bermula di Barat, dan mempengaruhi Islam.

Entri kedua aku akan cerita dalam sikit. 

Sabtu, 3 Januari 2015

Soalan Maut


Ada dua soalan berputar semasa aku telah bangun dari tidur. Dan soalan pertama aku dapat sebaik sahaja aku buka fb. Dengan adanya manusia meletakkan butang add, dan aku approved. Kemudian soalan pun bermula.

            Dalam banyak-banyak soalan, soalan yang aku paling takutkan nak jawab adalah soalan ketuhanan. Kau tanya lah aku bab fiqah. Kalau aku jawab salah, aku dapat satu pahala. Kalau betul aku dapat 2 pahala. Dan kalau silap bab fiqah, aku akan tanggung dosa dia. Contoh, dia tanya boleh tak pakai selipar dalam masjid. Aku jawab ya. Maka, setiap kali dia pakai selipar, aku akan dapat dosa. Dan dosa aku akan terhenti kalau ada orang tegur dia, cakap yang aku salah. tengok, memang berdosa. Tapi dalam tempoh sekejap. Sebab ni zahir.
            
Ketuhanan ni saudara dan saudari,benda dalaman. Orang tu syirik pun kau tak tahu. Mana nak nampak pada zahir. Lain kalau dia sembah berhala. Dan aku tengah bercakap dalam konsep Islam. Aku tak nak kata agama lain syirik. Sebab aku pakai konteks Islam maka semua bertentangan dengan Islam adalah syirik.

            Baik, benda yang Azazil nak dalam hidup manusia, bukan sekadar syariah, Matlamat tinggi dia adalah membawa orang syirik kepada Tuhan. Syirik ni bahagi dua pulak, ada yang kecik dan ada yang besar. Yang besar ni boleh nampak pada perbuatan, Kecik inilah bahaya. sebab lama-lama syirik kecil ni akan membawa kita jadi munafik.

            Dan bila aku salah jawab untuk soalan ketuhanan, membawa orang kepada syirik. Berapa banyak dosa aku? Dan kalau dia mati dalam keadaan tidak beriman, mampus kau kena tagih kat akhirat. Dan sebab inilah ketakutan aku bertambah-tambah.

            Lebih malang, seseorang bertanya dengan aku bab ni. Baru bangun tidur. Fuhh. berpeluh aku. Soalan dia mudah ajer. Tuhan ni tahu tak apa manusia fikirkan, dan adakah ini menandakan manusia sebenarnya tak Privasi. Dan adakah pengetahuan Tuhan serasi dengan perbuatan manusia. Dengan erti kata lain, adakah orang syirik pun sebenarnya Tuhan tahu dan relakan.

            Dan sebenarnya aku nak salahkan kawan aku, sapa lah bagitahu suruh tanya aku. Ahaha. Sebab aku suka jawab soalan berdasarkan perbincangan. Apa aku tahu, dan apa kau tahu, kerana aku suka selaraskan apa yang aku tahu dengan apa yang orang tahu. Ahaha, itulah aku. Setakat ni orang yang salu aku berbincang seorang aje. Lelaki. Dan otak dia memang baik, usaha dia pun sama. Dan aku selesa.

Berkenaan dengan persoalan tu, aku berterima kasih dengan buku. Sebenarnya Tuhan tahu, tapi pengetahuan Tuhan tak mendatangkan kesan. Kau merepek apa ni gila? Eyh, betul lah. Memang Tuhan tahu, dan pengetahuan tu tak mendatangkan kesan. Kenapa? Ala, macam kau tahu kucing nak beranak. Kau tahu ke tak tahu, kucing tetap jer beranak kan?? Tak akan pulak kau tahu , terus kucing tu tak nak beranak. Hahaha.

            Dan adakah perbuatan kita serasi dengan pengetahuan Tuhan? Semestinya, Tuhan ada sifat Rahmat. Segala usaha kita tu , agak berbaloi dengan Rahmat Tuhan. Macam kita study waktu exam, makin banyak study, makin banyak dapat jawab. Nak tahu kenapa aku tak jawab makin banyak study makin banyak dapat A? sebab aku tak yakin dengan pertanyaan tu. Aku yakin kalau banyak study makin banyak kita leh jawab. Ahaha. Sama jer, cuma aku tak jumpa apa kau jumpa; makin banyak study, makin dapat banyak A.

            Dan sebenarnya dalam benak aku ni aku nak salahkan kawan laki aku yang banyak bincang dengan aku. Aku rasa macam kena jual jer. Tapi takpe, dia jual aku. Ada hari aku jual dia. By the way, kawan aku ni memang rajin. Dan bab aku paling respek sekali kalau dia berbincang, Tasawuf. Fuh. Pemikiran Tasawuf dia aku bagi thumbs up. Maksud aku, theosofi lah, kau tak tahu apa itu theosofi? Cer google.

            Dan akhirnya aku bertanya kepada satu soalan kepada yang bertanya. Kenapa dia cari aku. Dan sah, aku kena jual. Ahaha. Sebab hanya seorang jer kawan-kawan aku ni yang tahu jenis soalan yang aku boleh jawab. Dan semestinya orang itu Yansari!

            Dalam penulisan ni jugak, aku sedang melepaskan tekanan otak. Sebab pasni aku kena sambung untuk tulis fasal liberal. Kalau lah diperlukan. Persoalan liberal ni, sebenarnya mudah, tapi setelah kau tahu sejarah dan kemunculan dia je. Kalau aku tulis macam mana buku tulis, Nescaya orang agak sukar nak fahami. Sebab berat! dan penggunaan bahasa mestilah tepat. Bukan bermakna aku terbeban nak tulis, aku tengah fikir nak hubung kait , dan letak sebab akibat. Cara manusia berfikir ni lain, so kalau secara personal agak senang lah nak buat. Kalau sekelompok. Itu lagi mencabar.

            Ucapan terima kasih aku ungkapkan kepada mereka yang banyak berjasa dalam membentuk aku menjadi seorang penulis. Dan dalam penulisan ini aku nyatakan wajah-wajah mereka. Mereka ada dalam setiap saat, paling tak pun karya mereka menjadi rujukan. Tapi siapakah mereka? Memandangkan aku tak ada android, aku tak dapat nak letak wajah. Ye lah, aku cakap nak nyatakan wajah. Bukan nama.

            Terima kasih kepada mereka yang di luar sana. Sedikit sebanyak aku menulis adalah sebagai rakaman aku respon kepada persoalan yang dibangkitkan. Dan terima kasih sekali lagi. Aku hargai kau yang membacanya.