Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Jumaat, 26 Disember 2014

Kelahiran Minat


Kadang-kadang semangat nak menulis boleh hilang, macam aku rasa sekarang. Cuma ada satu benda berharga buat aku terus nak menulis, benda yang dinamakan harga diri. Ya, aku takut aku hilang maruah maka aku cuba untuk menulis.

            Aku bukan penulis diari macam zaman sekolah selalu buat, aku cuma penulis nota-nota. Aku jenis manusia boleh ingat apa orang kata dan apa orang beritahu, untuk menambahkan lagi kepekaan ini, aku buat satu cacatan penulis. Aku percaya pengalaman yang kita dapat pada zaman dulu membentuk kita pada hari ini. Dan kau tidak mengaku bahawa apa yang kau sebutkan itu sebenarnya idea orang, dan kau tidak cukup gila untuk quote balik “ala, ismail dulu pernah cakap”, kau buang terus sapa yang quote perkataan tu.

            Kelahiran aku hendak menulis, tidak dapat tidak, bermula daripada seorang makhluk yang ditenung sebagai Syiah. Aku tidak menyebutnya di sini, dari situ aku berusaha untuk jadi seorang penulis. Kau nak tahu apa yang jadi?

            11-August-2014, aku terima satu sms daripada FT. Dia cakap, sila naik. Perkara pertama bila aku naik ,masuk bilik dia, dia tanya sebuah soalan, karya dia yang mana aku baca? aku jawab “Bedar Sukma Bisu”, dan dari situ soalan telah muncul.

“Apa yang ingin saya tekankan dalam novel saya itu?”
mak! Ape benda ni? aku jawab,

“Bagaimana bentuk Islam mampu diterjemahkan dalam bidang ekonomi dan pembangunan”. The way I Perceive that novel. itulah jawapan aku, yang akhirnya dipotong,

“Sebenarnya saya ingin tekankan 2 benda, yang saya ulang sebanyak 2 kali”

Laju ajer otak aku ingat balik benda tu, ya 2 persoalan yang ditinggalkan dan aku tidak menjawab 2 persoalan itu dalam membaca,

“Di antara kemakmuran dan kebebasan, yang manakah lebih utama?”

Kau tak perlu tanya aku,dan jawapan juga disediakan dalam link ini;kau pilih kau nak yang mana.

            Bukan aku berbangga kerana dia memberi aku jawapan, tapi aku lihat dari aspek penulisan, tanpa perlu memikirkan apa yang perlu ditulis, dan dalam tempoh satu malam, penulisan ini sudah diterbitkan!

            Kalau kau baca karya Sekolah Bukan Kilang, Universiti Bukan Penjara, tolong baca bahagian prakata oleh FT, menarik ayatnya dan langgam bahasa. Itu yang buat aku ingin jadi penulis.

Pesanan ringkas daripada FT, orang yang memasak, perlu banyak memasak dan akhirnya dia jadi seorang chef. Begitu juga dengan penulis, dia perlu banyak menulis dan lama-lama dia akan jadi penulis.

            Dari sini, aku diundang bagi talk untuk pelajar tahun 1 yang masuk UKM, ala-ala ringan ajer. Dan rujukan yang aku gunakan bukannya buku-buku hadis dan Al-Qur’an. Tapi aku guna penulisan FT di blog dan ZulFikri Zamir. Semua cacatan diaorang aku gunakan. Ya, penyambung keilmuwan yang diaorang pilih.

            Menulis , kau tidak diangkat jadi macam imam-imam karamah (al-Ghazali, Ibn Rusyd, Al-Syafie’, Hanbali) tapi kau sebenarnya memperjuangkan satu nilai. Dan aku sedang mencari nilai apa yang ingin aku perjuangkan.

            Aku pernah baca blog FT dulu, ayat dia tak sepower mana, tapi lama-kelamaan kelemahan tersebut semakin dibaiki. Lecturer juga sebenarnya mangsa penulisan, maka tak hairan mereka jadi begitu hebat.

            Berlainan dengan ZulFIkri, ayat dia tak power, tapi bentuk kesedaran yang dia cuba bawa menyebabkan rezeki dia bertambah. Dan aku kira idea yang diperjuangkan olehnya sebenarnya diambil daripada novel “Cinta Hari-Hari Rusuhan”.  Bukan bermakna tiru, plagiat dan bukan idea asli, aku katakan novel tersebut  juga hendak menyampaikan mesej. Dan ZulFikri ada langgam yang tersendiri.

Magnum Opus; karya yang menaikkan nama kau dan perjuangan kau. Dan ZulFikri orang kenal dengan karyanya SBPUBK, walaupun FT dah tulis Cinta Hari-Hari Rusuhan. Tapi FT tak ada Magnum Opus, cuma diri dialah yang dikaji. Sebab kesemua tulisan dia diperlukan oleh orang untuk buat satu kajian.

            Banyak juga penulis yang hadir, seperti Raja Ahmad Aminullah;Minda Tertawan. Dan aku kira penulisan aku banyak bergerak dengan beberapa penulis lain seperti Kassim Ahmad, FT, Zul Fikri Zamir, Ibrahim Abu Bakar, Abdul Fatah Haron, Luthfie Asyaukanie.

            Penulis yang hebat lahir dengan penulisan yang hebat dan minat membaca pada usia muda. Tapi usia muda aku banyak dihabiskan dengan karya Hardy Boys, Digimon, dan Taek Kwon Taerang.  Peluang untuk membaca karya hebat hanya bermula pada usia aku 22 tahun, dan aku rasa cukup rugi. Dan karya yang aku baca kebanyakan telah orang habiskan sejak mereka dibangku sekolah lagi.

Lagi, motivasi untuk diri aku semakin padam. Bila aku kenangkan balik, aku tak nak jadi penulis, apakan daya, Tuhan mencampakkan aku untuk terus duduk dengan penulis-penulis handalan. Sekarang aku rasa bahagia sangat, sebab aku dipertemukan dengan 5 insan yang hebat, mewarnai hidup aku.

Mereka tidak tahu aku menyimpan kekaguman terhadap diri mereka, dan bagi aku pertemuan dengan mereka juga menandakan aku baru sahaja dewasa.

“Tuhan tidak mempertemukan laki yang baik untuk wanita yang jahat. ”

Aku rasa ayat itu merujuk kepada akal dan hati. Kalau akal dan hati kau jahat, maka kau akan dipadankan dengan orang yang serupa. Orang anggap ayat tu merujuk kepada pengalaman dan kisah lampau. Kalau zaman lampau orang tu jahat, maka akan dapat jodoh yang jahat. Sebenarnya tak, kau tengok bukan main alim laki tu tapi dapat perempuan yang busuk hati, kenapa?

            Begitu juga aku kenal dengan 5 insan ini dalam satu pertemuan, banyak benda yang aku hargai tentang mereka. Dan pada ketika aku jadi seorang penulis, usia tua akan aku habiskan dengan menulis perihal 5 insan ini, dan aku harap. Zaman tua aku habiskan dalam penjara.

waktu sekarang, aku sudah boleh jangka siapa yang akan menjadi penulis handalan dengan ranking yang bakal aku sediakan. Dan aku boleh agak penulisan jenis apa yang akan mereka tulis. Cuma, aku perlukan beberapa pertemuan sahaja lagi untuk aku terangkan apa yang bakal mereka tulis ,ketika kami sudah ada "Separate Ways".

Terima kasih, 5 insan yang membuatkan aku cukup bahagia. Aku tak kenal hati budi kamu semua, tapi aku kenal ,bagaimana pertemuan dengan kamu, membuatkan aku rasa bahagia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan