Takut rasanya,
Manusia selalu rasa takut. Dan paling manusia takutkan adalah dirinya sendiri. Kau tidak mampu mengacung senjata kepada diri kau sendiri. Malah, bagaimana kau harus bersiap siaga dengan diri kau sendiri.
Persoalan adalah mengenai diri kau sendiri.
Kenapa Al-Ghazali sibuk menulis pasal dirinya?Mengapa kassim Ahmad juga bercerita mengenai dirinya, mengapa Mahathir juga begitu? dan mengapa pemimpin yang lain juga begitu?
Diri mereka bukan sebagai pengukur kepada sesuatu keadaan, namun mengapa begitu degil mereka menulis perihal dirinya? Kelihatan dari luarnya aku sedang membicarakan perihal makhluk Tuhan yang lain, kelihatan aku sedang menuduh orang lain, siapa tahu dalam tulisan ini aku sedang membicarakan diri aku sendiri? Siapa tahu?
Al-Ghazali juga membuka aibnya, begitu dengan Kassim Ahmad dan beberapa figur lain, Mengapa aib itu dikeluarkan? Bukankah aib itu perlu kau simpan? Mengapa pula Tuhan durjana membuka aib bangsa dahulu? Ya, berani sekali kau menuduh Tuhan kau, menyoal Tuhan kamu, ibarat Iblis. Sesekala kau perlu melangkaui pemikiran kau. Tuhan mengajar kita, ada aib yang perlu kita belajar. Akan ada aib itu. Akan ada.
Biar kau tahu sendiri, biar kau simpan sendiri.
Aib juga bermanfaat, orang mungkin kata kau manusia yang tidak bermanfaat.Itu orang kata. Itu apa orang jelaskan. Itu orang, yang hendak mengemudik hidup ini, kau. Yang akan menjadi nakhoda adalah kau. Akan karam jika kau melepaskan tanggungjawab kau sendiri.
Kan? Aku tidak meminta persetujuan, tapi "kan"yang aku maksudkan adalah suatu perkara yang dinamakan pemujukan. Kau juga bukan orang biasa, malah kau lebih bisa memahami diri kau sendiri. Sudah nampak manfaatnya diri kau kepada diri kau sendiri?
Biar ini berbicara. satu kisah renungan yang ringkas, tapi aku tahu kau lebih bijak merenunginya.
Orang lembut, selalunya ramai peminatnya daripada orang yang tegas. Kerana dia bijak, fleksibel, dan ramai orang ingin menjadi fleksibel. Bagaimana jika kau menjadi manusia fleksibel, tapi ada perkara orang tidak dapat nak "pijak". Kan lebih mudah?
Ingatlah, bahawa, jika kau tegas. Orang tidak menghormati dirimu. Jika kau ada pendirian, sedikit sekali dari mereka menjadi kawanmu, banyaknya musuh. Tapi mengapa perlu?
Kerana pendirian itu akan orang hormati. Kau tidak tahu ketika , kau tidak tahu bagaimana, kau tidak tahu siapa, tapi mereka akan menghormatimu satu hari nanti. Jangan hilang pendirian itu, mereka sentiasa menunggu pendirian kau punah, jangan menangkan mereka. Menangkan hati kau sendiri, kau kemudik dan nakhoda.
Pendirian kau yang tegas, tapi kau fleksibel dalam bergaul, dalam menuturkan bicara, dalam memenangi hati kau yang lain. ertinya kau ada satu pendirian. Kau suka menulis, tapi tak semua orang perlu membaca apa yang kau tulis, kau pilih sendiri siapa yang hendak membacanya. Itu satu pendirian.
Kau suka menulis,tapi banyak yang kau suka tulis perihal pemikiran dan hati. Kau patut tulis, dan perlu ada pembacanya, kau pilih siapa yang perlu membacanya, aku akan sentiasa ada untuk kau. Kerana apa? kerana cinta, cinta boleh mengubah pendirian manusia. Oh, kau ingat aku sedang memenangi hati kau? tidak, kerana hidup kita berbeza, ada perkara yang aku rasa aku perlu untuk orang, dan aku suka meninggalkan orang. Bila masanya sudah perlu. Itu jalan pilihan aku, dan akan ada sebabnya. Aku senang untuk berbicara soal hati.
Kenapa kau perlu tulis juga ya? soal manfaat aku sudah jelaskan dan kau tahu.
Kerana itu masa, kau berfikir. Jika kau tidak berfikir, kau sedang "membuang" harga diri kau sendiri. Renungkanlah. Hilang harga diri bukan sesuatu yang murah. Aku akan ada menilai, aku berani untuk menilai, tapi aku tahu, kau lebih adil untuk menerimanya atau tidak.
Salam daripada diriku, protagonis dalam jiwamu.
Tulis, jangan terbeban. Padam jika kau rasa tidak perlu, tapi aku ada, protagonis yang menjawab, bukan dirimu, tapi diriku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan