"Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa paling
banyak?"
"Tak tahu"
"Banyak Giler", Sedutan Filem Kan Gua dah Cakap.
Bosan, hidup bagaikan rutin yang perlu dihadapi dan terus dihadapi. Bosan menjadi batu asas untuk kau cari kebahagian, kegembiraan, keseronokan daripada kelelahan. Teka-teki yang aku nak bagi, berapa banyak bosan yang dah kau tempuhi , kemudian banyak mana bosan tu menghilang dari hidup kau?
Alasan yang sama kenapa aku tengah menulis, bosan. Tapi aku tak pernah cakap aku menulis kerana bosan. Dan bosan bukan suatu benda yang wujud dalam hidup aku. Kerana itu aku gemar menamakan hidup adalah sepi. Sepi adalah mengajar. Berfikir dalam belajar. Menilai dalam berfikir. Dan akhirnya kau akan menemui sesuatu, memahami.
Pernah tak mak ayah desak kau untuk balik? Pernah mak ayah kau tak peduli pun kau bergaduh adik-beradik. Bukan main lagi kau menyumpah adik, abang, kakak kau sendiri. tapi mak ayah kau tak sokong mana-mana pihak. Dia relaks jer. Pastu korang berdamai. Tapi dia leh jadi bengang kalau kau sepahkan barang. Pernah? dan pernah tak kau sepi(fikir) dengan perkara ni?
Aku ada kawan, kawan aku gila. Nama dia Roystone. Ya, ala-ala Enggeris. Otak dia tak betul, aku pulak kawan dengan dia. Tak da benda lain aku dapat dari dia melainkan "Miyul, biji telur, miyul milo, bau taik masin". Itu jer yang aku dengar. Tapi mak ayah dia senyum tengok aku, aku tak maki anak dia(kau gila nak maki orang gila,!).
Malam-malam ada gak aku lepak rumah dia, sebabnya aku berkawan jugak dengan adik dia. Nama adik dia Radit. Kat situ aku perati jer, bapak dia dengan aku pernah kerja sekali, jadi buruh binaan. Aih, satu keluarga aku geng. Ye ah, nak buat camne kan. Ops, jangan kau tanya. Aku punya baik sampai keluarga diorang punya salasilah aku hafal. Kau ingat aku tanya? tak, aku duduk dalam rumah dan curi-curi dengar.
Menariknya keluarga ni, walaupun member aku ni gila. Tapi dia gaduh jugak dengan adik dia. Tapi ayah mak dia tak pernah marah, kenapa ye?
Sebagai buruh aku tahu kerjanya penat. Bahkan, sabar pun boleh hilang kalau tokey kau tu nyanyuk dan toya semacam. Bila balik rumah, yang hilangkan penat kau, telatah anak dan isteri kau. Dengan syarat barang jangan sepah. Aku perati jer bapak kawan aku. Sambil menyedut asap rokok dengan teh kosong, dia perati je.Bila anak dia tahu dia pandan, dia buat-buat cakap dengan aku. Aku layan jer. Ye, anak bergaduh dan penat kau hilang.
Kau akan rasa benda ni bila kau jadi mak bapak. Aku harap, kalau kat rumah, kau usiklah adik ke abang kau sampai gaduh, jangan kuburkan rumah dengan gadjet kau. Mak ayah kau nak tengok telatah kau, nak tengok betapa meriahnya bila kau balik, nak-nak bila dah bercucu, dia memang suka. Biarlah habis wang ringgit demi cucu, anak asalkan hati dia puas.
Kadang-kadang orang hilangkan penat dengan menulis, dengan meluahkan perasaan. Dan kalau dia jenis bercakap, maknanya kau kena sedia telinga. Paham tak? Dia nak lepaskan lelah, dia cakap je. Jadi kau kena dengar, jangan buat bongok pulak tak layan dia. Kau dengar jer.
Yang bahaya, orang yang hilangkan penat dengan menulis. Nak tahu sebabnya apa? Yang menulis ni sebenarnya dia lebih peka(sensitif). Kalau dia meluah, kau kena dengar dan tahu part mana dia penat dan part mana dia rasa tensen, part mana dia rasa lega. Ingat tu! Kalau tak? memang tak nak dia cerita kat kau lagi.
Aku agak bosan untuk menulis, tapi aku nak cakap. Kau bosan, kemudian kau penat dan kau cari apa benda yang mampu hilangkan penat kau. Buatlah apa-apa. Kalau kau cerita kat aku, aku boleh dengar dan aku boleh cerakinkan cerita kau dalam bentuk plot, tema dan persoalan. Itu aku, seperti yang aku cakap, aku sepi dan sepi mengajar aku untuk berfikir, dan berfikir membuatkan aku belajar menilai.
Agaknya kenapa aku cakap bosan giler? Itu bukan persoalan, aku nak tekankan betapa hidup kau berharga. Sebab aku percaya, hina dan mulia manusia apabila didatangkan ujian kepadanya. Bagaimana dia respon dengan ujian tu. Kalau dia banyak bersabar, tabah dan hanya melampiaskan penat dan tidak menyebabkan emosi dia dan orang lain terganggu, maka dia mulia. Kalau dia putus asa dan tak bersabar(nak masalah settle cepat dan terburu-buru) maka dia hina.
Hina maksud aku bukan teruk sangat pun, aku pun kalau penat jadi hina jugak. Malas bercakap panjang. Aku paham bila kau penat. Dan aku tulis untuk penat kau, dan untuk kau belajar, bagaimana mak ayah kau hilangkan penat diaorang. Hargai mak ayah, kalau nak berjaya dalam hidup.
Tapi,
Kalau kau korbankan mak ayah kau demi ilmu, maka kau akan dapat ilmu tersebut. Ada benda yang memerlukan pengorbanan, cth, kau nak beli kasut, korban RM30. Kalau nak dapat A dalam exam, korban masa dengan kawan-kawan. Kalau nak dapat "ilmu" korban mak ayah, maka kau akan berpuas hati. Ilmu tu kau tak rasa sekarang, suatu hari nanti, dan kau kena yakin nak percaya dengan benda ghaib macam ni.
Sebab apa? Cuba kau belajar main baling pisau. Tak pun dalam sukan ke? atau dalam menulis. Makin lama kau berlatih makin kau power. Begitu jugak dengan ilmu, makin banyak kau korban, makin banyak ilmu kau dapat. Tapi dalam bentuk yang berbeza. Betul, dan bila kau berkawan, Baru kau rasa betapa "powernya" kau. Aku tak kata aku rasa power, tapi benda yang kau anggap biasa, sangat tinggi di kalangan orang lain. Dan ada juga benda kau tak dapat, kau cemburu dengan orang lain. Bak kata Wani Ardy, kau manusia dan kau tak miliki semuanya.
Jadi, setiap pengorbanan kau akan berbaloi. Babtu tiap kali kau korban mak ayah demi ilmu, kau jangan wat plagiat, nanti rugi beb.
Salam akhir dari aku, aku bebel dan panjang, terima kasih baca. Aku masih lagi diri aku, walaupun esok diri aku akan berubah. Aku masih aku, dan aku adalah protagonis, yang telah memenangi peperangan dengan antagonis.
Ingat, aku adalah aku, dan kau adalah kau. Walau esok kau adalah seorang jurutera dan lusa kau adalah penyapu sampah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan