Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Selasa, 30 Disember 2014

Rasa Pahit

Aku tak pernah makan hempedu, dan aku tak tahu rasa hempedu. Tapi aku pernah rasa pahitnya gagal, dan rasa tu walau tak sampai kat lidah, membekas dalam perasaan aku. Sakit dan pedih.

Apa-pun aku sekarang ada satu jenis ketakutan. Takut untuk berusaha dan keputusan pulak tak padan dengan usaha. Kau usaha punya lebih tapi keputusan kau tak serupa dengan timbal keputusan.

Kau pernah main judi? Meh aku nak cakap. Makin besar kau bertaruh, makin besar kau menang. Kau puas hati.Tapi aku ni, kalau main judi, memang luck tak de. Makin besar pertaruh, makin besar lah aku kalah. Kena taruh kecik-kecik ja. Nanti tak lah aku rasa kecewa.

Sampai masuk dalam exam aku rasa camtu jugak. Aku rasa aku tak da luck langsung. Kena usaha sikit, dapat pun sikit. Sekarang aku masih lagi buat benda yang sama, usaha sikit. kang usaha banyak dapat teruk gak keputusan aku.

Aku bab nak bagi motivasi kat orang ni kemain hebat lagi. Dah duduk sensorang camni, mulalah tak dapat nak bangun jejak tanah. Aduh, patutnya aku lebih bersemangat. Haha, pergi mampus dngan keputusan peperiksaan. Yang penting aku nak usaha jugak. Tak kira lah tak dapat apa aku nak, yang penting pasni aku nak jadi penulis.

Biar orang awam nilai tulisan aku, pensyarah harap jawapan sedap lidah dia je. Ahaha, biarkan. Aku nak jugak tengok , biarla. Aku nak usaha, walau aku tak sepandai dan sehebat korang semua dalam peperiksaan. Aku nak usaha! Haha, sekati aku maki pensyarah.

Kerana, aku jugak fakyu dengan Benz Ali, sekati maki mahasiswa kata kejar dekan tapi tak peduli masyarakat. Ni aku nak bukti, dua-dua aku usaha. Keputusan peperiksaan dan juga khidmat kepada masyarakat. wo, berangannya.


Biarlah dalam alam digital orang cakap aku camni ke camtu. Ni aku nak cari crest aku sendiri. dapat je crest ni, digimonster aku gerenti sampai tahap ultimate evolution. Jaga kau!

Jumaat, 26 Disember 2014

Kelahiran Minat


Kadang-kadang semangat nak menulis boleh hilang, macam aku rasa sekarang. Cuma ada satu benda berharga buat aku terus nak menulis, benda yang dinamakan harga diri. Ya, aku takut aku hilang maruah maka aku cuba untuk menulis.

            Aku bukan penulis diari macam zaman sekolah selalu buat, aku cuma penulis nota-nota. Aku jenis manusia boleh ingat apa orang kata dan apa orang beritahu, untuk menambahkan lagi kepekaan ini, aku buat satu cacatan penulis. Aku percaya pengalaman yang kita dapat pada zaman dulu membentuk kita pada hari ini. Dan kau tidak mengaku bahawa apa yang kau sebutkan itu sebenarnya idea orang, dan kau tidak cukup gila untuk quote balik “ala, ismail dulu pernah cakap”, kau buang terus sapa yang quote perkataan tu.

            Kelahiran aku hendak menulis, tidak dapat tidak, bermula daripada seorang makhluk yang ditenung sebagai Syiah. Aku tidak menyebutnya di sini, dari situ aku berusaha untuk jadi seorang penulis. Kau nak tahu apa yang jadi?

            11-August-2014, aku terima satu sms daripada FT. Dia cakap, sila naik. Perkara pertama bila aku naik ,masuk bilik dia, dia tanya sebuah soalan, karya dia yang mana aku baca? aku jawab “Bedar Sukma Bisu”, dan dari situ soalan telah muncul.

“Apa yang ingin saya tekankan dalam novel saya itu?”
mak! Ape benda ni? aku jawab,

“Bagaimana bentuk Islam mampu diterjemahkan dalam bidang ekonomi dan pembangunan”. The way I Perceive that novel. itulah jawapan aku, yang akhirnya dipotong,

“Sebenarnya saya ingin tekankan 2 benda, yang saya ulang sebanyak 2 kali”

Laju ajer otak aku ingat balik benda tu, ya 2 persoalan yang ditinggalkan dan aku tidak menjawab 2 persoalan itu dalam membaca,

“Di antara kemakmuran dan kebebasan, yang manakah lebih utama?”

Kau tak perlu tanya aku,dan jawapan juga disediakan dalam link ini;kau pilih kau nak yang mana.

            Bukan aku berbangga kerana dia memberi aku jawapan, tapi aku lihat dari aspek penulisan, tanpa perlu memikirkan apa yang perlu ditulis, dan dalam tempoh satu malam, penulisan ini sudah diterbitkan!

            Kalau kau baca karya Sekolah Bukan Kilang, Universiti Bukan Penjara, tolong baca bahagian prakata oleh FT, menarik ayatnya dan langgam bahasa. Itu yang buat aku ingin jadi penulis.

Pesanan ringkas daripada FT, orang yang memasak, perlu banyak memasak dan akhirnya dia jadi seorang chef. Begitu juga dengan penulis, dia perlu banyak menulis dan lama-lama dia akan jadi penulis.

            Dari sini, aku diundang bagi talk untuk pelajar tahun 1 yang masuk UKM, ala-ala ringan ajer. Dan rujukan yang aku gunakan bukannya buku-buku hadis dan Al-Qur’an. Tapi aku guna penulisan FT di blog dan ZulFikri Zamir. Semua cacatan diaorang aku gunakan. Ya, penyambung keilmuwan yang diaorang pilih.

            Menulis , kau tidak diangkat jadi macam imam-imam karamah (al-Ghazali, Ibn Rusyd, Al-Syafie’, Hanbali) tapi kau sebenarnya memperjuangkan satu nilai. Dan aku sedang mencari nilai apa yang ingin aku perjuangkan.

            Aku pernah baca blog FT dulu, ayat dia tak sepower mana, tapi lama-kelamaan kelemahan tersebut semakin dibaiki. Lecturer juga sebenarnya mangsa penulisan, maka tak hairan mereka jadi begitu hebat.

            Berlainan dengan ZulFIkri, ayat dia tak power, tapi bentuk kesedaran yang dia cuba bawa menyebabkan rezeki dia bertambah. Dan aku kira idea yang diperjuangkan olehnya sebenarnya diambil daripada novel “Cinta Hari-Hari Rusuhan”.  Bukan bermakna tiru, plagiat dan bukan idea asli, aku katakan novel tersebut  juga hendak menyampaikan mesej. Dan ZulFikri ada langgam yang tersendiri.

Magnum Opus; karya yang menaikkan nama kau dan perjuangan kau. Dan ZulFikri orang kenal dengan karyanya SBPUBK, walaupun FT dah tulis Cinta Hari-Hari Rusuhan. Tapi FT tak ada Magnum Opus, cuma diri dialah yang dikaji. Sebab kesemua tulisan dia diperlukan oleh orang untuk buat satu kajian.

            Banyak juga penulis yang hadir, seperti Raja Ahmad Aminullah;Minda Tertawan. Dan aku kira penulisan aku banyak bergerak dengan beberapa penulis lain seperti Kassim Ahmad, FT, Zul Fikri Zamir, Ibrahim Abu Bakar, Abdul Fatah Haron, Luthfie Asyaukanie.

            Penulis yang hebat lahir dengan penulisan yang hebat dan minat membaca pada usia muda. Tapi usia muda aku banyak dihabiskan dengan karya Hardy Boys, Digimon, dan Taek Kwon Taerang.  Peluang untuk membaca karya hebat hanya bermula pada usia aku 22 tahun, dan aku rasa cukup rugi. Dan karya yang aku baca kebanyakan telah orang habiskan sejak mereka dibangku sekolah lagi.

Lagi, motivasi untuk diri aku semakin padam. Bila aku kenangkan balik, aku tak nak jadi penulis, apakan daya, Tuhan mencampakkan aku untuk terus duduk dengan penulis-penulis handalan. Sekarang aku rasa bahagia sangat, sebab aku dipertemukan dengan 5 insan yang hebat, mewarnai hidup aku.

Mereka tidak tahu aku menyimpan kekaguman terhadap diri mereka, dan bagi aku pertemuan dengan mereka juga menandakan aku baru sahaja dewasa.

“Tuhan tidak mempertemukan laki yang baik untuk wanita yang jahat. ”

Aku rasa ayat itu merujuk kepada akal dan hati. Kalau akal dan hati kau jahat, maka kau akan dipadankan dengan orang yang serupa. Orang anggap ayat tu merujuk kepada pengalaman dan kisah lampau. Kalau zaman lampau orang tu jahat, maka akan dapat jodoh yang jahat. Sebenarnya tak, kau tengok bukan main alim laki tu tapi dapat perempuan yang busuk hati, kenapa?

            Begitu juga aku kenal dengan 5 insan ini dalam satu pertemuan, banyak benda yang aku hargai tentang mereka. Dan pada ketika aku jadi seorang penulis, usia tua akan aku habiskan dengan menulis perihal 5 insan ini, dan aku harap. Zaman tua aku habiskan dalam penjara.

waktu sekarang, aku sudah boleh jangka siapa yang akan menjadi penulis handalan dengan ranking yang bakal aku sediakan. Dan aku boleh agak penulisan jenis apa yang akan mereka tulis. Cuma, aku perlukan beberapa pertemuan sahaja lagi untuk aku terangkan apa yang bakal mereka tulis ,ketika kami sudah ada "Separate Ways".

Terima kasih, 5 insan yang membuatkan aku cukup bahagia. Aku tak kenal hati budi kamu semua, tapi aku kenal ,bagaimana pertemuan dengan kamu, membuatkan aku rasa bahagia.


Khamis, 25 Disember 2014

Rempuhan Banjir

Aku tak tahu mengapa banjir menjadi lebih teruk, bagaimana pula reaksi rakyat. Baik, sekarang kita cuba jadi mangsa banjir.

Mak ayah aku kerja biasa saje. Ayah aku sebagai mekanik dan ibu aku sebagai suri rumah. Adik-beradik kami ada 6 orang. Aku anak ke-4, dan abang sulung aku belum lagi berkahwin. Lupa, kami duduk area Manik Urai. Kau tahu tak? banjir telah menenggelamkan kampung kami.

Untuk pengetahuan kau, rumah aku sudah diangkut banjir. Ye, sebuah rumah buruk  dan setinggan yang dibina oleh ayah aku. Apa nasib? Bagaimana kami nak berteduh selepas banjir ni? Aku tak nak katakan ini bala atau ujian, pada mata aku ,yang penting sekarang apa usaha kerajaan setelah banjir? Adakah kami dibiarkan sahaja?
Korang pernah peduli bagaimana hidup kami sesudah banjir? Kami sibuk menghabiskan masa untuk membersihkan rumah. Tiada bekalan elektrik, malah perabot yangtak sempat diselamatkan musnah begitu sahaja. Sepatutnya, kami tidak membeli apa-apa perabot, kerana semuanya bakal hilang bila banjir datang. Itu lah kami.

Aku tak mintak orang kecam banjir, benda sudah berlaku. Untuk apa digaduhkan ini sebagai bala atau ujian. Dan untuk apa bergaduh nak marah Perdana Menteri yang sedang bermain golf di seberang sana? Aku bukan nak back-up Abang Non, kalau rumah Abang Non kena banjir, segala harta dia lesap, pun dia akan mengeluh macam aku. Dah tak da masa nak maki orang sana,sini, belakang atau depan. Sekarang aku tengah fikir, berapa banyak sukarelawan akan bantu kami? dan rumah-rumah yang dah hanyut tu, siapa nak ganti??-

Begitulah gamaknya apa yang difikirkan oleh mangsa banjir. Benda dah jadi, memang tak dapat kita nak buat apa. Waktu Tsunami kat Acheh, ada manusia marahkan Tsunami? tak.
Jadi? aku rasa apa yang penting bagaimana kita berjuang setelah banjir. Aku harap bantuan tidak akan putus untuk bantu mangsa selepas banjir. Juga bagaimana nak sekolahkan penduduk kat sana untuk menghadapi banjir. Dan aku juga nak tengok ada satu penempatan khas dibina di atas bukit. Mana tahu.


Manik Urai, sekolah jah tingkat 4. Yang lain rumah tak sampai 2 tingkat. Apabila kampung tu tenggelam, rumah pun ada hanyut. Penduduk pulak duduk kat sekolah 4 tingkat. Aku tak mintak para menteri nak solidariti. Memang diaorang tak pedulikan rakyat. Tapi rakyat kena simpati pada rakyat, sebab kita tahu bagaimana rasanya hidup kat bawah.

Rabu, 24 Disember 2014

Bosan Giler



"Dalam banyak-banyak banyak, banyak apa paling banyak?"

"Tak tahu"

"Banyak Giler", Sedutan Filem Kan Gua dah Cakap.

Bosan, hidup bagaikan rutin yang perlu dihadapi dan terus dihadapi. Bosan menjadi batu asas untuk kau cari kebahagian, kegembiraan, keseronokan daripada kelelahan. Teka-teki yang aku nak bagi, berapa banyak bosan yang dah kau tempuhi , kemudian banyak mana bosan tu  menghilang dari hidup kau?

Alasan yang sama kenapa aku tengah menulis, bosan. Tapi aku tak pernah cakap aku menulis kerana bosan. Dan bosan bukan suatu benda yang wujud dalam hidup aku. Kerana itu aku gemar menamakan hidup adalah sepi. Sepi adalah mengajar. Berfikir dalam belajar. Menilai dalam berfikir. Dan akhirnya kau akan menemui sesuatu, memahami.

Pernah tak mak ayah desak kau untuk balik? Pernah mak ayah kau tak peduli pun kau bergaduh adik-beradik. Bukan main lagi kau menyumpah adik, abang, kakak kau sendiri. tapi mak ayah kau tak sokong mana-mana pihak. Dia relaks jer. Pastu korang berdamai. Tapi dia leh jadi bengang kalau kau sepahkan barang. Pernah? dan pernah tak kau sepi(fikir) dengan perkara ni?

Aku ada kawan, kawan aku gila. Nama dia Roystone. Ya, ala-ala Enggeris. Otak dia tak betul, aku pulak kawan dengan dia. Tak da benda lain aku dapat dari dia melainkan "Miyul, biji telur, miyul milo, bau taik masin". Itu jer yang aku dengar. Tapi mak ayah dia senyum tengok aku, aku tak maki anak dia(kau gila nak maki orang gila,!).

Malam-malam ada gak aku lepak rumah dia, sebabnya aku berkawan jugak dengan adik dia. Nama adik dia Radit. Kat situ aku perati jer, bapak dia dengan aku pernah kerja sekali, jadi buruh binaan. Aih, satu keluarga aku geng. Ye ah, nak buat camne kan. Ops, jangan kau tanya. Aku punya baik sampai keluarga diorang punya salasilah aku hafal. Kau ingat aku tanya? tak, aku duduk dalam rumah dan curi-curi dengar.

Menariknya keluarga ni, walaupun member aku ni gila. Tapi dia gaduh jugak dengan adik dia. Tapi ayah mak dia tak pernah marah, kenapa ye?

Sebagai buruh aku tahu kerjanya penat. Bahkan, sabar pun boleh hilang kalau tokey kau tu nyanyuk dan toya semacam. Bila balik rumah, yang hilangkan penat kau, telatah anak dan isteri kau. Dengan syarat barang jangan sepah. Aku perati jer bapak kawan aku. Sambil menyedut asap rokok dengan teh kosong, dia perati je.Bila anak dia tahu dia pandan, dia buat-buat cakap dengan aku. Aku layan jer. Ye, anak bergaduh dan penat kau hilang.

Kau akan rasa benda ni bila kau jadi mak bapak. Aku harap, kalau kat rumah, kau usiklah adik ke abang kau sampai gaduh, jangan kuburkan rumah dengan gadjet kau. Mak ayah kau nak tengok telatah kau, nak tengok betapa meriahnya bila kau balik, nak-nak bila dah bercucu, dia memang suka. Biarlah habis wang ringgit demi cucu, anak asalkan hati dia puas.

Kadang-kadang orang hilangkan penat dengan menulis, dengan meluahkan perasaan. Dan kalau dia jenis bercakap, maknanya kau kena sedia telinga. Paham tak? Dia nak lepaskan lelah, dia cakap je. Jadi kau kena dengar, jangan buat bongok pulak tak layan dia. Kau dengar jer.

Yang bahaya, orang yang hilangkan penat dengan menulis. Nak tahu sebabnya apa? Yang menulis ni sebenarnya dia lebih peka(sensitif). Kalau dia meluah, kau kena dengar dan tahu part mana dia penat dan part mana dia rasa tensen, part mana dia rasa lega. Ingat tu! Kalau tak? memang tak nak dia cerita kat kau lagi.

Aku agak bosan untuk menulis, tapi aku nak cakap. Kau bosan, kemudian kau penat dan kau cari apa benda yang mampu hilangkan penat kau. Buatlah apa-apa. Kalau kau  cerita kat aku, aku boleh dengar dan aku boleh cerakinkan cerita kau dalam bentuk plot, tema dan persoalan. Itu aku, seperti yang aku cakap, aku sepi dan sepi mengajar aku untuk berfikir, dan berfikir membuatkan aku belajar menilai.

Agaknya kenapa aku cakap bosan giler? Itu bukan persoalan, aku nak tekankan betapa hidup kau berharga. Sebab aku percaya, hina dan mulia manusia apabila didatangkan ujian kepadanya. Bagaimana dia respon dengan ujian tu. Kalau dia banyak bersabar, tabah dan hanya melampiaskan penat dan tidak menyebabkan emosi dia dan orang lain terganggu, maka dia mulia. Kalau dia putus asa dan tak bersabar(nak masalah settle cepat dan terburu-buru) maka dia hina.

Hina maksud aku bukan teruk sangat pun, aku pun kalau penat jadi hina jugak. Malas bercakap panjang. Aku paham bila kau penat. Dan aku tulis untuk penat kau, dan untuk kau belajar, bagaimana mak ayah kau hilangkan penat diaorang. Hargai mak ayah, kalau nak berjaya dalam hidup.

Tapi,

Kalau kau korbankan mak ayah kau demi ilmu, maka kau akan dapat ilmu tersebut. Ada benda yang memerlukan pengorbanan, cth, kau nak beli kasut, korban RM30. Kalau nak dapat A dalam exam, korban masa dengan kawan-kawan. Kalau nak dapat "ilmu" korban mak ayah, maka kau akan berpuas hati. Ilmu tu kau tak rasa sekarang, suatu hari nanti, dan kau kena yakin nak percaya dengan benda ghaib macam ni.

Sebab apa? Cuba kau belajar main baling pisau. Tak pun dalam sukan ke? atau dalam menulis. Makin lama kau berlatih makin kau power. Begitu jugak dengan ilmu, makin banyak kau korban, makin banyak ilmu kau dapat. Tapi dalam bentuk yang berbeza. Betul, dan bila kau berkawan, Baru kau rasa betapa "powernya" kau. Aku tak kata aku rasa power, tapi benda yang kau anggap biasa, sangat tinggi di kalangan orang lain. Dan ada juga benda kau tak dapat, kau cemburu dengan orang lain. Bak kata Wani Ardy, kau manusia dan kau tak miliki semuanya.

Jadi, setiap pengorbanan kau akan berbaloi. Babtu tiap kali kau korban mak ayah demi ilmu, kau jangan wat plagiat, nanti rugi beb.

Salam akhir dari aku, aku bebel dan panjang, terima kasih baca. Aku masih lagi diri aku, walaupun esok diri aku akan berubah. Aku masih aku, dan aku adalah protagonis, yang telah memenangi peperangan dengan antagonis.

Ingat, aku adalah aku, dan kau adalah kau. Walau esok kau adalah seorang jurutera dan lusa kau adalah penyapu sampah.


Isnin, 22 Disember 2014

Bila Takut

Takut rasanya,

Manusia selalu rasa takut. Dan paling manusia takutkan adalah dirinya sendiri. Kau tidak mampu mengacung senjata kepada diri kau sendiri. Malah, bagaimana kau harus bersiap siaga dengan diri kau sendiri.

Persoalan adalah mengenai diri kau sendiri.

Kenapa Al-Ghazali sibuk menulis pasal dirinya?Mengapa kassim Ahmad juga bercerita mengenai dirinya, mengapa Mahathir juga begitu? dan mengapa pemimpin yang lain juga begitu?

Diri mereka bukan sebagai pengukur kepada sesuatu keadaan, namun mengapa begitu degil mereka menulis perihal dirinya? Kelihatan dari luarnya aku sedang membicarakan perihal makhluk Tuhan yang lain, kelihatan aku sedang menuduh orang lain, siapa tahu dalam tulisan ini aku sedang membicarakan diri aku sendiri? Siapa tahu?

Al-Ghazali juga membuka aibnya, begitu dengan Kassim Ahmad dan beberapa figur lain, Mengapa aib itu dikeluarkan? Bukankah aib itu perlu kau simpan? Mengapa pula Tuhan durjana membuka aib bangsa dahulu? Ya, berani sekali kau menuduh Tuhan kau, menyoal Tuhan kamu, ibarat Iblis. Sesekala kau perlu melangkaui pemikiran kau. Tuhan mengajar kita, ada aib yang perlu kita belajar. Akan ada aib itu. Akan ada.

Biar kau tahu sendiri, biar kau simpan sendiri.

Aib juga bermanfaat, orang mungkin kata kau manusia yang tidak bermanfaat.Itu orang kata. Itu apa orang jelaskan. Itu orang, yang hendak mengemudik hidup ini, kau. Yang akan menjadi nakhoda adalah kau. Akan karam jika kau melepaskan tanggungjawab kau sendiri.

Kan? Aku tidak meminta persetujuan, tapi "kan"yang aku maksudkan adalah suatu perkara yang dinamakan pemujukan. Kau juga bukan orang biasa, malah kau lebih bisa memahami diri kau sendiri. Sudah nampak manfaatnya diri kau kepada diri kau sendiri?

Biar ini berbicara. satu kisah renungan yang ringkas, tapi aku tahu kau lebih bijak merenunginya.

Orang lembut, selalunya ramai peminatnya daripada orang yang tegas. Kerana dia bijak, fleksibel, dan ramai orang ingin menjadi fleksibel. Bagaimana jika kau menjadi manusia fleksibel, tapi ada perkara orang tidak dapat nak "pijak". Kan lebih mudah?

Ingatlah, bahawa, jika kau tegas. Orang tidak menghormati dirimu. Jika kau ada pendirian, sedikit sekali dari mereka menjadi kawanmu, banyaknya musuh. Tapi mengapa perlu?

Kerana pendirian itu akan orang hormati. Kau tidak tahu ketika , kau tidak tahu bagaimana, kau tidak tahu siapa, tapi mereka akan menghormatimu satu hari nanti. Jangan hilang pendirian itu, mereka sentiasa menunggu pendirian kau punah, jangan menangkan mereka. Menangkan hati kau sendiri, kau kemudik dan nakhoda.

Pendirian kau yang tegas, tapi kau fleksibel dalam bergaul, dalam menuturkan bicara, dalam memenangi hati kau yang lain. ertinya kau ada satu pendirian. Kau suka menulis, tapi tak semua orang perlu membaca apa yang kau tulis, kau pilih sendiri siapa yang hendak membacanya. Itu satu pendirian.

Kau suka menulis,tapi banyak yang kau suka tulis perihal pemikiran dan hati. Kau patut tulis, dan perlu ada pembacanya, kau pilih siapa yang perlu membacanya, aku akan sentiasa ada untuk kau. Kerana apa? kerana cinta, cinta boleh mengubah pendirian manusia. Oh, kau ingat aku sedang memenangi hati kau? tidak, kerana hidup kita berbeza, ada perkara yang aku rasa aku perlu untuk orang, dan aku suka meninggalkan orang. Bila masanya sudah perlu. Itu jalan pilihan aku, dan akan ada sebabnya. Aku senang untuk berbicara soal hati.

Kenapa kau perlu tulis juga ya? soal manfaat aku sudah jelaskan dan kau tahu.

Kerana itu masa, kau berfikir. Jika kau tidak berfikir, kau sedang "membuang" harga diri kau sendiri. Renungkanlah. Hilang harga diri bukan sesuatu yang murah. Aku akan ada menilai, aku berani untuk menilai, tapi aku tahu, kau lebih adil untuk menerimanya atau tidak.

Salam daripada diriku, protagonis dalam jiwamu.

Tulis, jangan terbeban. Padam jika kau rasa tidak perlu, tapi aku ada, protagonis yang menjawab, bukan dirimu, tapi diriku.