Kadang-kadang semangat nak menulis boleh hilang, macam
aku rasa sekarang. Cuma ada satu benda berharga buat aku terus nak menulis,
benda yang dinamakan harga diri. Ya, aku takut aku hilang maruah maka aku cuba
untuk menulis.
Aku
bukan penulis diari macam zaman sekolah selalu buat, aku cuma penulis
nota-nota. Aku jenis manusia boleh ingat apa orang kata dan apa orang beritahu,
untuk menambahkan lagi kepekaan ini, aku buat satu cacatan penulis. Aku percaya
pengalaman yang kita dapat pada zaman dulu membentuk kita pada hari ini. Dan kau
tidak mengaku bahawa apa yang kau sebutkan itu sebenarnya idea orang, dan kau
tidak cukup gila untuk quote balik “ala, ismail dulu pernah cakap”, kau
buang terus sapa yang quote perkataan tu.
Kelahiran
aku hendak menulis, tidak dapat tidak, bermula daripada seorang makhluk yang
ditenung sebagai Syiah. Aku tidak menyebutnya di sini, dari situ aku berusaha
untuk jadi seorang penulis. Kau nak tahu apa yang jadi?
11-August-2014,
aku terima satu sms daripada FT. Dia cakap, sila naik. Perkara pertama bila aku
naik ,masuk bilik dia, dia tanya sebuah soalan, karya dia yang mana aku baca?
aku jawab “Bedar Sukma Bisu”, dan dari situ soalan telah muncul.
“Apa yang ingin saya tekankan dalam novel saya itu?”
mak! Ape benda ni? aku jawab,
“Bagaimana bentuk Islam mampu diterjemahkan dalam bidang
ekonomi dan pembangunan”. The way I Perceive that novel. itulah jawapan aku,
yang akhirnya dipotong,
“Sebenarnya saya ingin tekankan 2 benda, yang saya
ulang sebanyak 2 kali”
Laju ajer otak aku ingat balik benda tu, ya 2
persoalan yang ditinggalkan dan aku tidak menjawab 2 persoalan itu dalam
membaca,
“Di antara kemakmuran dan kebebasan, yang manakah
lebih utama?”
Kau tak perlu tanya aku,dan jawapan juga disediakan
dalam link ini;kau pilih kau nak yang mana.
Bukan
aku berbangga kerana dia memberi aku jawapan, tapi aku lihat dari aspek
penulisan, tanpa perlu memikirkan apa yang perlu ditulis, dan dalam tempoh satu
malam, penulisan ini sudah diterbitkan!
Kalau
kau baca karya Sekolah Bukan Kilang, Universiti Bukan Penjara, tolong baca
bahagian prakata oleh FT, menarik ayatnya dan langgam bahasa. Itu yang buat aku
ingin jadi penulis.
Pesanan ringkas daripada FT, orang yang memasak, perlu
banyak memasak dan akhirnya dia jadi seorang chef. Begitu juga dengan penulis,
dia perlu banyak menulis dan lama-lama dia akan jadi penulis.
Dari
sini, aku diundang bagi talk untuk pelajar tahun 1 yang masuk UKM, ala-ala
ringan ajer. Dan rujukan yang aku gunakan bukannya buku-buku hadis dan Al-Qur’an.
Tapi aku guna penulisan FT di blog dan ZulFikri Zamir. Semua cacatan diaorang
aku gunakan. Ya, penyambung keilmuwan yang diaorang pilih.
Menulis , kau tidak diangkat jadi macam imam-imam karamah (al-Ghazali, Ibn
Rusyd, Al-Syafie’, Hanbali) tapi kau sebenarnya memperjuangkan satu nilai. Dan
aku sedang mencari nilai apa yang ingin aku perjuangkan.
Aku
pernah baca blog FT dulu, ayat dia tak sepower mana, tapi lama-kelamaan kelemahan tersebut
semakin dibaiki. Lecturer juga sebenarnya mangsa penulisan, maka tak hairan
mereka jadi begitu hebat.
Berlainan
dengan ZulFIkri, ayat dia tak power, tapi bentuk kesedaran yang dia cuba bawa
menyebabkan rezeki dia bertambah. Dan aku kira idea yang diperjuangkan olehnya
sebenarnya diambil daripada novel “Cinta Hari-Hari Rusuhan”. Bukan bermakna tiru, plagiat dan bukan idea
asli, aku katakan novel tersebut juga
hendak menyampaikan mesej. Dan ZulFikri ada langgam yang tersendiri.
Magnum Opus; karya yang menaikkan nama kau dan
perjuangan kau. Dan ZulFikri orang kenal dengan karyanya SBPUBK, walaupun FT
dah tulis Cinta Hari-Hari Rusuhan. Tapi FT tak ada Magnum Opus, cuma diri dialah
yang dikaji. Sebab kesemua tulisan dia diperlukan oleh orang untuk buat satu
kajian.
Banyak
juga penulis yang hadir, seperti Raja Ahmad Aminullah;Minda Tertawan. Dan aku
kira penulisan aku banyak bergerak dengan beberapa penulis lain seperti Kassim
Ahmad, FT, Zul Fikri Zamir, Ibrahim Abu Bakar, Abdul Fatah Haron, Luthfie
Asyaukanie.
Penulis
yang hebat lahir dengan penulisan yang hebat dan minat membaca pada usia muda.
Tapi usia muda aku banyak dihabiskan dengan karya Hardy Boys, Digimon, dan Taek
Kwon Taerang. Peluang untuk membaca
karya hebat hanya bermula pada usia aku 22 tahun, dan aku rasa cukup rugi. Dan
karya yang aku baca kebanyakan telah orang habiskan sejak mereka dibangku
sekolah lagi.
Lagi, motivasi untuk diri aku semakin padam. Bila aku
kenangkan balik, aku tak nak jadi penulis, apakan daya, Tuhan mencampakkan aku
untuk terus duduk dengan penulis-penulis handalan. Sekarang aku rasa bahagia
sangat, sebab aku dipertemukan dengan 5 insan yang hebat, mewarnai hidup aku.
Mereka tidak tahu aku menyimpan kekaguman terhadap
diri mereka, dan bagi aku pertemuan dengan mereka juga menandakan aku baru
sahaja dewasa.
“Tuhan tidak mempertemukan laki yang baik untuk wanita
yang jahat. ”
Aku rasa ayat itu merujuk kepada akal dan hati. Kalau
akal dan hati kau jahat, maka kau akan dipadankan dengan orang yang serupa.
Orang anggap ayat tu merujuk kepada pengalaman dan kisah lampau. Kalau zaman
lampau orang tu jahat, maka akan dapat jodoh yang jahat. Sebenarnya tak, kau
tengok bukan main alim laki tu tapi dapat perempuan yang busuk hati, kenapa?
Begitu
juga aku kenal dengan 5 insan ini dalam satu pertemuan, banyak benda yang aku
hargai tentang mereka. Dan pada ketika aku jadi seorang penulis, usia tua akan
aku habiskan dengan menulis perihal 5 insan ini, dan aku harap. Zaman tua aku habiskan
dalam penjara.
waktu sekarang, aku sudah boleh jangka siapa yang akan menjadi penulis handalan dengan ranking yang bakal aku sediakan. Dan aku boleh agak penulisan jenis apa yang akan mereka tulis. Cuma, aku perlukan beberapa pertemuan sahaja lagi untuk aku terangkan apa yang bakal mereka tulis ,ketika kami sudah ada "Separate Ways".
Terima kasih, 5 insan yang membuatkan aku cukup
bahagia. Aku tak kenal hati budi kamu semua, tapi aku kenal ,bagaimana
pertemuan dengan kamu, membuatkan aku rasa bahagia.