24 April XXXX. Jam 5 petang. Berita ini telah dikemaskini.
Kejadian membunuh diri gempar di negara ini. Dari 32 million rakyatnya, kini yang tinggal hanya 10 peratus dari golongan pemerintah, 20 peratus golongan bangsawan atau pemilik syarikat dan perniagaan(termasuk industri) manakala bakinya lebih dikenali sebagai golongan lain-lain. Mujur, terdapat beberapa aspek seperti pekerja imigran tidak mengikut membunuh diri.
Pertama kali di dalam sejarah, rakyat yang memegang 60 peratus populasi membunuh diri gara-gara memboikot. Tindakan ini telah berlanjutan selama 4 bulan, dan pada 4 bulan 29 hari, mereka telah melaksanakan janji, iaitu untuk mati.
Penulis berita ini adalah pemilik perusahaan media negara. Yang selamat hanya saya sebagai pemilik mutlak serta beberapa lagi pemilik saham. Dari hieraki; pengerusi, naib pengerusi, dan setiausaha timbalan beberapa jawatan, itu sahaja yang selamat. Para pemandu, wartawan, kerani, serta yang lainnya telah membunuh diri.
Berita ini tidak dapat dilangsungkan melalui siaran langsung, kerana sang jurugambar juga telah mati.
Tetapi mujur, pada jam 8 malam nanti, setiausaha aku berusaha ke lokasi kejadian untuk melaporkan suasana di sana. Kamera yang digunakan adalah kamera android, sila layari laman web dibawah untuk mengikutinya. Menurut berita yang kami terima, hanya 1 daripada 60peratus(bukan 1 peratus, benar satu orang sahaja) tidak mengikut membunuh diri.
Kita memerlukan penjelasan.
Sekian, berita ditulis.
Pada jam 8 malam, rakaman berlangsung, dan satu-satunya manusia tidak membunuh diri itu sedang berkata-kata di talian. Tidak sampai dalam tempoh 20 minit, manusia tersebut telah dijemput oleh negara jiran, dipaksa menjadi rakyat negara jiran, dan negara ini tidak mampu berbuat apa-apa, selain berkabung.
***
Itu adalah kisah di negaraku lalu. Kejadian itu menimpa pada usiaku 30 tahun. Sedih, terkejut, bingung aku telah kehilangan negara sendiri.
Di negara ini, aku dipaksa untuk menjadi rakyat mereka, aku menerimanya, kerana pada pemikiranku, ia adalah keputusan terbaik. Di sana, hanya ada kesedihan yang menyelimuti. Aku kehilangan kawan, keluarga dan tanah air.
Aku tidak mampu menyelamatkan sesiapa, termasuk jiwa aku sendiri. Mereka nekad dengan pilihan itu.
Mengapa perkara itu terjadi?
Biar aku kisahkan kembali.
Negara akan menjadi kukuh, melalui dua perkara. Pertama, dengan adanya wang yang banyak. Kedua, dengan adanya ilmu yang banyak.
Hanya ada wang sahaja, tetapi tidak banyak, juga tidak mampu untuk mendirikan negara. Begitu juga dengan ilmu.
Kuantiti dan kualiti menentukan segalanya.
Negaraku?
Hanya memiliki wang yang banyak, tetapi rakyatnya tidak memiliki ilmu yang banyak. Jadi, kau harus faham, bahawa kedua-duanya harus seimbang.
Aku juga dari golongan 60 peratus tersebut.
Orang yang kamu kenali dengan golongan sederhana pertengahan. Gaji kami hanya cukup untuk membayar sewa rumah, makanan, minuman, pakaian dan tidak mampu untuk melancong ke luar negara.
Jika mahu berkelana sekalipun, pakej termurah juga belum tentu kami mampu miliki.
Kehidupan kami biasa. Bangun seawal jam 5 pagi, menghadap sesak lalu lintas, masuk pejabat, rehat pada waktu tengahari, dan seterusnya pulang di waktu petang, sambil mengambil anak dari sekolah.
Rutin itu berlaku dari tahun demi tahun, berubah menjadi dekad, sehingga ada mencapai abad.
Peliknya, apabila pihak atasan, iaitu golongan pemilik syarikat, berjawatan tinggi, mula mengubah landskap kehidupan kami.
Cukai dikenakan tinggi, beberapa kemudahan dan subsidi kesihatan serta pendidikan ditarik, lalu mengenakan cukai serba tidak kena, kami menjadi runsing.
Jika selama ini gaji itu cukup sederhana, ia bertukar menjadi sedikit.
Kami terpaksa memotong belanjawan pakaian semestinya, kerana keperluan itu tidak begitu utama berbanding makanan.
Waktu bekerja ditambah, tol tumbuh seperti cendawan, belanjawan kononnya diberikan untuk menaikkan golongan usahawan, kadar tukaran wang semakin susut. Politik demi politik, polisi demi polisi, mula meruntun kehidupan kami.
Kelebihan pula banyak berpihak pada golongan yang sedia ada kaya. Mereka yang mahu pencen dilanjutkan tempoh umur. Bayangkan, pada usia mereka 56 tahun, mereka bukan boleh menyumbang tenaga atau buah fikiran. Ada, tetapi tidak semua.
Sudahlah mereka ini menjadi menjawat jawatan sebagai penasihat, yang melaksanakan semua kerja itu kami. Dari segi perbelanjaan pula, kami juga yang menanggungnya.
Gaji mereka bertambah, elaun juga mereka dapat. Kami pula, melihat.
Dari imbuhan itu, mereka membeli kereta baru. Pakaian baru, melancong ke negara baru. Hasil dari titik peluh kami.
Apa yang kami dapat sebenarnya? Iri hati.
Malangnya, kerana ilmu yang sedikit, kerana rakyatnya hanya mengerti bahawa kemakmuran itu dicapai melalui kuasa wang, pembangunan material diutamakan, satu kejadian tidak diduga telah berlaku.
Depresi.
Apabila rakyat pada mulanya sekadar memotong belanjawan pakaian, kini tiba giliran makanan pula. Hutang semakin bertambah, demi menampung hidup.
Depresi kian mencengkam.
Akal sudah tidak berada pada tempatnya.
Ini latar suasana masyarakat.
Namun, kemiskinan serta penindasan tidak pernah meruntun cintaku kepada tanah itu.
Tanah aku mengenal ertinya kawan, kasih sayang, dan juga darahku yang mengalir di dalam mereka.
Walaupun tahap pendidikan mereka tinggi, bebal tetap sahaja menguasai.
Sekali lagi aku tekankan, bahawa ilmu yang banyak itu harus ada untuk membangun masyarakat.
Apabila rakyat hanya mengerti kemakmuran hanya dicapai melalui kayanya sumber, banyaknya wang, tanpa mengetahui bahawa kemakmuran dicapai dengan banyaknya golongan pertengahan, bukannya kukuhnya kuasa elit perniagaan, maka keruntuhan akan mula berlaku.
Ia diuukur melalui kesihatan rakyat, kadar pengangguran, kualiti pendidikan, kesihatan akal, juga kualiti anutan agama. Cerminan sebuah ekonomi yang baik.
Luar dugaan.
Aku masih ingat bagaimana kawanku bertanya.
"Mengapa kau rasa dunia ini masih adil untuk kita? Semua masalah ini, berakar dari wang. Kita susah kerana tiada wang. Idea yang ada, didebatkan, hanya sebuah diskusi. Tak pergi jauh. Kita berusaha untuk tidak menjadi susah. Kerja lebih masa. tetapi kemiskinan ini terus mencekik. Anakku mati, kerana aku tidak mampu membeli makanan. Kurang mencukupi, dan kau? Haha. Tidak berkahwin. Mungkin, semua kita tidak patut bernikah. Tuhan tidak pernah silap mencipta manusia. Kau tahu apa silapnya?"
Ketika ini, di sebuah lorong jalan, sebotol arak digenggam di tangan kiri. Aku memimpin bahunya untuk pulang. Apabila soalan itu menebak aku, aku sekadar menggeleng kepala.
Dia meleraikan pimpinan tanganku di bahunya.
"Kau tahu? Silapnya dia mencipta perasaan cinta! Menyuruh manusia memilikinya, kemudian, membiarkan benih cinta itu mati perlahan."
Dia terduduk. Menghentak kaki kiri.
"Perlahan, perlahan dan terus perlahan. Kemudian. Seperti debu terbang ke awan." Tangannya menari mengikut tiupan angin membawa pergi.
Kini, aku duduk menemani di sisi kanan.
"Aku dulu, juga seperti itu. Masih menyalahkan Tuhan. tetapi aku syukur, aku berkenalan dengan kau, dengan keluargaku. Biar kesusahan ini melanda, aku sedar. Masalah ini tidak akan selesai.
Cuma, aku bahagia. Jujur.
Dalam kesempitan ini, aku memiliki kamu semua. Kesusahan ini mengajar aku untuk mencari bahagia, dalam diri kamu semua.
Itulah bezanya, aku dan kamu semua. Aku mencari kegembiraan, tanpa melupakan masalah yang membawa kesedihan. Aku membesarkan senyuman, walau hidup ini memijak kepalaku dengan masalah. Aku bersyukur dengan nasib, namun aku tidak pernah lupa bahawa kemakmuran itu akan ada. Akan dimiliki oleh kita semua."
Mukanya seperti mengantuk, masih lagi memaksaku untuk terus berbicara.
"Ah, kau suka berfalsafah. Itu mainan orang kaya, orang kaya!"
Aku senyum pahit.
"Tidak.
Seperti aku katakan, aku sedar semua masalah ini berpunca daripada wang. Hidup sempit, tiada segalanya. Dalam kocekku hanya ada sekeping duit, 10 ringgit.
Aku sedar masalah ini dihadapi oleh kita semua.
Cuma, aku mahu juga mencari kebahagiaan. Aku berbicara dengan kau selepas tamat kerja. Itu sudah cukup membuatku bahagia. Sukar untuk ku buktikan.
Aku juga tahu, kemiskinan itu dibasmi dengan kudrat. Bukan sekadar idea. Kita semua telah berusaha, apakan daya,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan