Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Selasa, 24 April 2018

1991

Bukan aku nak cerita sangat tentang Dilan.

Unik namanya, seunik karakternya.

Membaca Dilan menyebabkan aku berfikir, betapa aku juga pernah menjadi manusia penuh cinta. Manusia yang menikam hati wanita dengan pernghargaan kata-kata. Lakaran puisi dan tembok kata, sedikit sebanyak telah melunturkan ego seorang bidadari.

Kelemasan ini hanya membawa aku mengingati masa lalu.

Itu dulu, kini, sejujurnya aku adalah aku. Yang tidak punya siapa. Hanya diri aku sendiri.

1991, adalah hari ulang tahun kelahiran wanita yang mengajar aku tentang kesilapan.

"Cinta itu indah, jika bagimu tidak, mungkin kamu salah milih pasangan"

Begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh sang penulis buku novel ini.

Barangkali ia suatu kebenaran, bergelumang dengan kepahitan.

Aku sebenarnya berputus asa, hanya kerana masa silam yang lalu.

"Tetapi kan masa silam ini mengajar siapa diri kita sebenar. Kita juga berhak memilih untuk bahagia mahupun tidak."

daripada seorang teman di muka buku.

1984, adalah tahun kelahiran aku.

aku tidak memlih untuk menjadi anak kepada sepasang suami isteri. aku adalah hadiah yang mereka nantikan selama 8 tahun lamanya.

kemunculan ku memberi mereka bahagia.

sayang, mereka tidak berpelajaran, jauh sekali untuk menjadi sepasang manusia yang penuh dengan kecekalan, dalamnya pemikiran.

biar pemikiran mereka cetek, itu bukan batu penghalang untuk mereka bercita-cita tinggi.

mereka mahukan satu-satunya anak ini, tidak mengalami nasib yang sama dengan mereka.

lalu, keputusan yang terbaik adalah melemparkan anak ini di sekolah berasarama penuh yang disangka mampu memberi ilmu dan manfaat yang banyak.

ternyata, yang didapati oleh anak itu hanyalah pengalaman.

seusai usia menjadi matang, aku menyambung pengajian di sebuah universiti. lalu aku mengerti beebrapa perkara.

bahawa sekiranya aku mempunyai sepasang ibu ayah yang memahami, aku tidak akan menjadi bodoh sebegini.

perlahan demi perlahan, aku mula bangkit. belajar dan terus belajar.

sehingga pada 2012, aku menemui seorang wanita yang ku sangkakan akan menjadi permaisuri.

sesungguhnya, dia adalah gadis yang mengajar aku untuk memiliki masa depan. tetapi, entah di mana muaranya sungai, kami terpisah.

dan aku masih lagi menyambung hidup.

sehingga satu hari, aku merasa letih dengan perjalanan ini, aku memutuskan untuk mati.

"aku telah mati, tiada apa yang boleh dibanggakan sewaktu manusia itu telah mati."

mati yang bukan pada jasad,

mati ini pada jiwa, pada ruh, pada akarnya nyawa ini.

sehingga satu demi satu aku belajar kembali untuk menghidupkan apa yang telah mati.

barangkali, aku belajar mengenai keindahan. adalah melalui salur penderitaan.

"Tuhan menciptakan neraka, untuk kita mengetahui bahawa di situ adanya syurga"(Siccin 2)

sejujurnya, sebagai seorang manusia, aku belajar makna kebahagiaan hanya melalui penderitaan.

bukanlah perkara ini memalukan.

"manusia sentiasa mampu belajar melalui dua perkara. kepahitan dan kemanisan. tetapi, kita lebih suka memilih cara mengajar orang melalui kepahitan, bukannya kemanisan."

dan kata-kata ini lahir dari seorang rakan yang tidak mempunyai perjalanan hidup sepertiku, dia anak seorang "menteri", namun, hidupnya pula seperti seorang rakyat marhaen.

ada apa pada cerita Dilan?

sebuah nostalgia, mengajar kita bahawa setiap masa lalu itu manis, dengan memilih dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita berkongsi impian.

padaku, impianku hanya satu.

memiliki apa yang sepatutnya aku miliki.

kebahagiaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan