Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Selasa, 24 April 2018

RM10 Penyelamat Nyawa

24 April XXXX. Jam 5 petang. Berita ini telah dikemaskini.

Kejadian membunuh diri gempar di negara ini. Dari 32 million rakyatnya, kini yang tinggal hanya 10 peratus dari golongan pemerintah, 20 peratus golongan bangsawan atau pemilik syarikat dan perniagaan(termasuk industri) manakala bakinya lebih dikenali sebagai golongan lain-lain. Mujur, terdapat beberapa aspek seperti pekerja imigran tidak mengikut membunuh diri.

Pertama kali di dalam sejarah, rakyat yang memegang 60 peratus populasi membunuh diri gara-gara memboikot. Tindakan ini telah berlanjutan selama 4 bulan, dan pada 4 bulan 29 hari, mereka telah melaksanakan janji, iaitu untuk mati.

Penulis berita ini adalah pemilik perusahaan media negara. Yang selamat hanya saya sebagai pemilik mutlak serta beberapa lagi pemilik saham. Dari hieraki; pengerusi, naib pengerusi, dan setiausaha timbalan beberapa jawatan, itu sahaja yang selamat. Para pemandu, wartawan, kerani, serta yang lainnya telah membunuh diri.

Berita ini tidak dapat dilangsungkan melalui siaran langsung, kerana sang jurugambar juga telah mati.

Tetapi mujur, pada jam 8 malam nanti, setiausaha aku berusaha ke lokasi kejadian untuk melaporkan suasana di sana. Kamera yang digunakan adalah kamera android, sila layari laman web dibawah untuk mengikutinya. Menurut berita yang kami terima, hanya 1 daripada 60peratus(bukan 1 peratus, benar satu orang sahaja) tidak mengikut membunuh diri.

Kita memerlukan penjelasan.

Sekian, berita ditulis.

Pada jam 8 malam, rakaman berlangsung, dan satu-satunya manusia tidak membunuh diri itu sedang berkata-kata di talian. Tidak sampai dalam tempoh 20 minit, manusia tersebut telah dijemput oleh negara jiran, dipaksa menjadi rakyat negara jiran, dan negara ini tidak mampu berbuat apa-apa, selain berkabung.

***

Itu adalah kisah di negaraku lalu. Kejadian itu menimpa  pada usiaku 30 tahun. Sedih, terkejut, bingung aku telah kehilangan negara sendiri.

Di negara ini, aku dipaksa untuk menjadi rakyat mereka, aku menerimanya, kerana pada pemikiranku, ia adalah keputusan terbaik. Di sana, hanya ada kesedihan yang menyelimuti. Aku kehilangan kawan, keluarga dan tanah air.

Aku tidak mampu menyelamatkan sesiapa, termasuk jiwa aku sendiri. Mereka nekad dengan pilihan itu.

Mengapa perkara itu terjadi?

Biar aku kisahkan kembali.

Negara akan menjadi kukuh, melalui dua perkara. Pertama, dengan adanya wang yang banyak. Kedua, dengan adanya ilmu yang banyak.

Hanya ada wang sahaja, tetapi tidak banyak, juga tidak mampu untuk mendirikan negara. Begitu juga dengan ilmu.

Kuantiti dan kualiti menentukan segalanya.

Negaraku?

Hanya memiliki wang yang banyak, tetapi rakyatnya tidak memiliki ilmu yang banyak. Jadi, kau harus faham, bahawa kedua-duanya harus seimbang.

Aku juga dari golongan 60 peratus tersebut.

Orang yang kamu kenali dengan golongan sederhana pertengahan. Gaji kami hanya cukup untuk membayar sewa rumah, makanan, minuman, pakaian dan tidak mampu untuk melancong ke luar negara.

Jika mahu berkelana sekalipun, pakej termurah juga belum tentu kami mampu miliki.

Kehidupan kami biasa. Bangun seawal jam 5 pagi, menghadap sesak lalu lintas, masuk pejabat, rehat pada waktu tengahari, dan seterusnya pulang di waktu petang, sambil mengambil anak dari sekolah.

Rutin itu berlaku dari tahun demi tahun, berubah menjadi dekad, sehingga ada mencapai abad.

Peliknya, apabila pihak atasan, iaitu golongan pemilik syarikat, berjawatan tinggi, mula mengubah landskap kehidupan kami.

Cukai dikenakan tinggi, beberapa kemudahan dan subsidi kesihatan serta pendidikan ditarik, lalu mengenakan cukai serba tidak kena, kami menjadi runsing.

Jika selama ini gaji itu cukup sederhana, ia bertukar menjadi sedikit.

Kami terpaksa memotong belanjawan pakaian semestinya, kerana keperluan itu tidak begitu utama berbanding makanan.

Waktu bekerja ditambah, tol tumbuh seperti cendawan, belanjawan kononnya diberikan untuk menaikkan golongan usahawan, kadar tukaran wang semakin susut. Politik demi politik, polisi demi polisi, mula meruntun kehidupan kami.

Kelebihan pula banyak berpihak pada golongan yang sedia ada kaya. Mereka yang mahu pencen dilanjutkan tempoh umur. Bayangkan, pada usia mereka 56 tahun, mereka bukan boleh menyumbang tenaga atau buah fikiran. Ada, tetapi tidak semua.

Sudahlah mereka ini menjadi menjawat jawatan sebagai penasihat, yang melaksanakan semua kerja itu kami. Dari segi perbelanjaan pula, kami juga yang menanggungnya.

Gaji mereka bertambah, elaun juga mereka dapat. Kami pula, melihat.

Dari imbuhan itu, mereka membeli kereta baru. Pakaian baru, melancong ke negara baru. Hasil dari titik peluh kami.

Apa yang kami dapat sebenarnya? Iri hati.

Malangnya, kerana ilmu yang sedikit, kerana rakyatnya hanya mengerti bahawa kemakmuran itu dicapai melalui kuasa wang, pembangunan material diutamakan, satu kejadian tidak diduga telah berlaku.

Depresi.

Apabila rakyat pada mulanya sekadar memotong belanjawan pakaian, kini tiba giliran makanan pula. Hutang semakin bertambah, demi menampung hidup.

Depresi kian mencengkam.

Akal sudah tidak berada pada tempatnya.

Ini latar suasana masyarakat.

Namun, kemiskinan serta penindasan tidak pernah meruntun cintaku kepada tanah itu.

Tanah aku mengenal ertinya kawan, kasih sayang, dan juga darahku yang mengalir di dalam mereka.

Walaupun tahap pendidikan mereka tinggi, bebal tetap sahaja menguasai.

Sekali lagi aku tekankan, bahawa ilmu yang banyak itu harus ada untuk membangun masyarakat.

Apabila rakyat hanya mengerti kemakmuran hanya dicapai melalui kayanya sumber, banyaknya wang, tanpa mengetahui bahawa kemakmuran dicapai dengan banyaknya golongan pertengahan, bukannya kukuhnya kuasa elit perniagaan, maka keruntuhan akan mula berlaku.

Ia diuukur melalui kesihatan rakyat, kadar pengangguran, kualiti pendidikan, kesihatan akal, juga kualiti anutan agama. Cerminan sebuah ekonomi yang baik.

Luar dugaan.

Aku masih ingat bagaimana kawanku bertanya.

"Mengapa kau rasa dunia ini masih adil untuk kita? Semua masalah ini, berakar dari wang. Kita susah kerana tiada wang. Idea yang ada, didebatkan, hanya sebuah diskusi. Tak pergi jauh. Kita berusaha untuk tidak menjadi susah. Kerja lebih masa. tetapi kemiskinan ini terus mencekik. Anakku mati, kerana aku tidak mampu membeli makanan. Kurang mencukupi, dan kau? Haha. Tidak berkahwin. Mungkin, semua kita tidak patut bernikah. Tuhan tidak pernah silap mencipta manusia. Kau tahu apa silapnya?"

Ketika ini, di sebuah lorong jalan, sebotol arak digenggam di tangan kiri. Aku memimpin bahunya untuk pulang. Apabila soalan itu menebak aku, aku sekadar menggeleng kepala.

Dia meleraikan pimpinan tanganku di bahunya.

"Kau tahu? Silapnya dia mencipta perasaan cinta! Menyuruh manusia memilikinya, kemudian, membiarkan benih cinta itu mati perlahan."

Dia terduduk. Menghentak kaki kiri.

"Perlahan, perlahan dan terus perlahan. Kemudian. Seperti debu terbang ke awan." Tangannya menari mengikut tiupan angin membawa pergi.

Kini, aku duduk menemani di sisi kanan.

"Aku dulu, juga seperti itu. Masih menyalahkan Tuhan. tetapi aku syukur, aku berkenalan dengan kau, dengan keluargaku. Biar kesusahan ini melanda, aku sedar. Masalah ini tidak akan selesai.

Cuma, aku bahagia. Jujur.

Dalam kesempitan ini, aku memiliki kamu semua. Kesusahan ini mengajar aku untuk mencari bahagia, dalam diri kamu semua.

Itulah bezanya, aku dan kamu semua. Aku mencari kegembiraan, tanpa melupakan masalah yang membawa kesedihan. Aku membesarkan senyuman, walau hidup ini memijak kepalaku dengan masalah. Aku bersyukur dengan nasib, namun aku tidak pernah lupa bahawa kemakmuran itu akan ada. Akan dimiliki oleh kita semua."

Mukanya seperti mengantuk, masih lagi memaksaku untuk terus berbicara.

"Ah, kau suka berfalsafah. Itu mainan orang kaya, orang kaya!"

Aku senyum pahit.

"Tidak.

Seperti aku katakan, aku sedar semua masalah ini berpunca daripada wang. Hidup sempit, tiada segalanya. Dalam kocekku hanya ada sekeping duit, 10 ringgit.

Aku sedar masalah ini dihadapi oleh kita semua.

Cuma, aku mahu juga mencari kebahagiaan. Aku berbicara dengan kau selepas tamat kerja. Itu sudah cukup membuatku bahagia. Sukar untuk ku buktikan.

Aku juga tahu, kemiskinan itu dibasmi dengan kudrat. Bukan sekadar idea. Kita semua telah berusaha, apakan daya,

1991

Bukan aku nak cerita sangat tentang Dilan.

Unik namanya, seunik karakternya.

Membaca Dilan menyebabkan aku berfikir, betapa aku juga pernah menjadi manusia penuh cinta. Manusia yang menikam hati wanita dengan pernghargaan kata-kata. Lakaran puisi dan tembok kata, sedikit sebanyak telah melunturkan ego seorang bidadari.

Kelemasan ini hanya membawa aku mengingati masa lalu.

Itu dulu, kini, sejujurnya aku adalah aku. Yang tidak punya siapa. Hanya diri aku sendiri.

1991, adalah hari ulang tahun kelahiran wanita yang mengajar aku tentang kesilapan.

"Cinta itu indah, jika bagimu tidak, mungkin kamu salah milih pasangan"

Begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh sang penulis buku novel ini.

Barangkali ia suatu kebenaran, bergelumang dengan kepahitan.

Aku sebenarnya berputus asa, hanya kerana masa silam yang lalu.

"Tetapi kan masa silam ini mengajar siapa diri kita sebenar. Kita juga berhak memilih untuk bahagia mahupun tidak."

daripada seorang teman di muka buku.

1984, adalah tahun kelahiran aku.

aku tidak memlih untuk menjadi anak kepada sepasang suami isteri. aku adalah hadiah yang mereka nantikan selama 8 tahun lamanya.

kemunculan ku memberi mereka bahagia.

sayang, mereka tidak berpelajaran, jauh sekali untuk menjadi sepasang manusia yang penuh dengan kecekalan, dalamnya pemikiran.

biar pemikiran mereka cetek, itu bukan batu penghalang untuk mereka bercita-cita tinggi.

mereka mahukan satu-satunya anak ini, tidak mengalami nasib yang sama dengan mereka.

lalu, keputusan yang terbaik adalah melemparkan anak ini di sekolah berasarama penuh yang disangka mampu memberi ilmu dan manfaat yang banyak.

ternyata, yang didapati oleh anak itu hanyalah pengalaman.

seusai usia menjadi matang, aku menyambung pengajian di sebuah universiti. lalu aku mengerti beebrapa perkara.

bahawa sekiranya aku mempunyai sepasang ibu ayah yang memahami, aku tidak akan menjadi bodoh sebegini.

perlahan demi perlahan, aku mula bangkit. belajar dan terus belajar.

sehingga pada 2012, aku menemui seorang wanita yang ku sangkakan akan menjadi permaisuri.

sesungguhnya, dia adalah gadis yang mengajar aku untuk memiliki masa depan. tetapi, entah di mana muaranya sungai, kami terpisah.

dan aku masih lagi menyambung hidup.

sehingga satu hari, aku merasa letih dengan perjalanan ini, aku memutuskan untuk mati.

"aku telah mati, tiada apa yang boleh dibanggakan sewaktu manusia itu telah mati."

mati yang bukan pada jasad,

mati ini pada jiwa, pada ruh, pada akarnya nyawa ini.

sehingga satu demi satu aku belajar kembali untuk menghidupkan apa yang telah mati.

barangkali, aku belajar mengenai keindahan. adalah melalui salur penderitaan.

"Tuhan menciptakan neraka, untuk kita mengetahui bahawa di situ adanya syurga"(Siccin 2)

sejujurnya, sebagai seorang manusia, aku belajar makna kebahagiaan hanya melalui penderitaan.

bukanlah perkara ini memalukan.

"manusia sentiasa mampu belajar melalui dua perkara. kepahitan dan kemanisan. tetapi, kita lebih suka memilih cara mengajar orang melalui kepahitan, bukannya kemanisan."

dan kata-kata ini lahir dari seorang rakan yang tidak mempunyai perjalanan hidup sepertiku, dia anak seorang "menteri", namun, hidupnya pula seperti seorang rakyat marhaen.

ada apa pada cerita Dilan?

sebuah nostalgia, mengajar kita bahawa setiap masa lalu itu manis, dengan memilih dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita berkongsi impian.

padaku, impianku hanya satu.

memiliki apa yang sepatutnya aku miliki.

kebahagiaan.


Selasa, 17 April 2018

.

"Tuhan tidak pernah salah dalam mencipta, tetapi sengaja Tuhan ciptakan kesalahan, supaya manusia mempelajarinya. Seperti Tuhan menciptakan Neraka bagi manusia memahami Syurga".

ada satu perkara unik yang membuatkan Timur sangat istimewa; emosi dan mistik.

agamanya terkembang melalui dua elemen tersebut.

dan aku suka untuk meletakkan elemen ini sebagai sebahagian daripada empati.

kita tidak mampu merasai kebahagiaan tanpa mengenali kesengsaraan.

penganut agama mistik sangat percaya pada perkara yang berkaitan dengan hati. barangkali kesemua penganutnya mempunyai sikap untuk rasa lebih menyayangi, hanya kerana mereka memiliki,

Jumaat, 13 April 2018

ustazah aunce

pernyataan pahit yang perlu dibaca,

I Clinical Psychologist dan rate gaji di Brisbane lebih kurang pun 94,000 Australia Dollar, Setahun. Kalau convert kepada Ringgit Malaysia gaji i jadi lebih kurang RM270,000 setahun bersamaan dengan RM22,500 sebulan !

Itu clinical psychologist,
Gaji Master macam i, Tahun depan sambung PhD dan habis pada umur 29 tahun. Bagi pemegang PhD paling tinggi ialah 150k aud, bersamaan RM445,890, Bahagi 12 jadi RM37,000 Sebulan!

Gaji setahun dah hampir setengah juta.
Kau gaji 15 tahun tak sampai setengah juta.. Panda muka kau orang, undi la BN lagi.. Kat Australia ni GST 10%, 4% lagi tinggi dari MY, bezanya kat sini tak ada Barisan National, corruption sangat rendah dan pemimpin jarang² makan rasuah, ada pun kejap ke kantoi dan bila busted terus kena tendang. Kau ingat pemimpin negara maju berani nak corrupt? Rakyat sini ramai bijak pandai bukan macam otak barisan menteri Kelantan yang lembab macam line Maxis dan Celcom.

Tambah Lagi:
Umur i tahun ni 23 tahun, dah ada simpanan 700k dan 3 biji rumah yang sekarang i sewa pada orang. Anda umur 38 duduk MY pun macam lemas lagi dalam economy, itu dah beli rumah ke belum? iPhone pun hutang kat sengheng bayar 24 bulan.

Undi la barisan Nasional lagi.
Dan terus merempat dalam negeri sendiri, 50 tahun perintah Malaysia pun bodoh lagi. Corrupt sana sini sebab tu ringgit jatuh gila babi, Scandal sana-sini sampai terpampang dalam akbar dunia, Dulu malaysia famous sebab Mahadhir orang respect and even yahudi pun anggap dia ancaman dan ugut nak bunuh dia, Sekarang nama Malaysia terpampang dalam dalam siasatan 1MDB di malaysia, dana rakat beli lukisan ratusan juta pastu letak rumah orang elite. 

Padan Muka.
Kami duduk Oversea gelak je tengok kau excited dapat RM450.. Haha. #TakKebulurRM450 .#SayNoToBN . Yang kaya terus kaya yang miskin terus merempat, Kesian tengok orang Gaji RM900.

kenyataan sentiasa menakutkan, sekurangnya, itulah tugas sebenar kejujuran.

aku masih teringat akan kata-kata zaki bey dalam yacoubian building. dan aku sedang berusaha mengingati bati perkataan tersebut.

"

Selasa, 10 April 2018

Example-Paz

A butterfly flew betwenn the cars,
Maria Jose said: it must be Chuang Tzu,
On a tour of New York.

But the butterfly,
didnt know it was a butterfly,
dreaming it was Chuang Tzu,
or Chuang Tzu dreaming he was butterfly.

The butterfly never wondered: It flew.

kebebasan diperjuangkan

albert camus- cendiakawan,seniman, pers adalah benteng utama untuk memperjuangkan kebebasan.

belajar sedikit tentang albert camus, seorang perancis, ada darah arab, dan menetap di perancis,
sasterawan lebih menyerlah berbanding Sartre ahli falsafah. menyambung pelajaran dalam bidang falsafah, dan kemudiannya, menjadi seorang ahli politik dalam French Comunis Party. tak banyak biografi Camus yang aku tahu.
.
sabda pemberontakan.

bagaimana, kesan pemikiran seseorang, apabila dia diberi dua keadaan, pertama, tanpa mengenal sastera eropah, dan kedua, tanpa mengenal sastera negaranya sendiri? bagaimana pandangan hidupnya? cara dia berfikir?

muram dengan dosa. saya percaya kepada keadilan, tetapi saya akan mempertahankan ibu saya di hadapan keadilan. di dalam kehidupan kita, cinta mustahil dan keadilan tidak mencukupi.

saya membandingkan dua sikap, bukan dua bangsa.

kecintaan kepada negeri sehingga tidak cukup untuk menjadi seorang patriotisme. aku tidak percaya bahawa segala sesuatu perlu dikorbankan demi satu tujuan. ada perkara yang tidak boleh dikorbankan. dan aku lebih senang mencintai negeriku dan juga keadilan(makna poligami dalam cinta). aku tak ingin mendapat kebesaran apatah lagi kebesaran yang lahir dari darah dan kepalsuan.

kami memiliki keberanian, dalam masa yang sama, mencurigai bakat keberanian itu sendiri. kami memasuki peperangan dengan tangan bersih. dan keluar dari peperangan dengan tangan yang bersih.

aku sendiri tidak percaya kepada kekuatan kebenaran. tetapi ada gunanya mengetahui bahawa jika kebenaran diwujudkan dengan bersungguh-sungguh, ia akan mengalahkan kepalsuan.

kita harus sama-sama berjuang membezakan antara pengorbanan dan mististisme, antara kekuatan dengan kekerasan, antara kekuatan dan kegarangan. bahkan kita sama-sama sedang berjuang membezakan antara benar dan salah, antara masa depan dengan dewa-dewa pengecut yang kalian puja-puja.

perancis telah kehilangan kekuatannya, tetpai aku tidak kehilangan harapan.

bangkit dari keruntuhan.