Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Jumaat, 22 Mei 2015

harapan diratap

Berbicara soal cinta. Adakala orang anggap cinta itu adalah sampah. Tetapi ramai sahaja manusia akan bercinta. Bukan cinta itu kepada yang berlainan jantina, sama jantina pun wujud. Semuanya cinta. Tapi benarkah?

Untuk itu, kita perlu tahu bahawa cinta kehidupan dengan cinta pasangan satu hal yang berlainan. Makanya, di sini hanya menyentuh soal cinta kehidupan. Lahirnya manusia itu untuk hidup dan saling mencintai antara satu sama lain.

Pada pandangan ahli sufi, cinta itu sendiri membawa kepada kehidupan. Manusia hidup kerana cinta, yang diberikan oleh Ilahi kepada kita.

Cinta sangat rapat dengan agama. Walaupun kadangkala manusia mentakrifkan cinta dengan pelbagai rupa. Agama adalah cinta. Tetapi berapa ramai penganutnya yang bercinta dengan agamanya?

Jika benar cinta kita dusta, bukan kita mendustakan Ilahi, tetapi banyak mendustakan diri kita sendiri. Harus itu tanya kembali diri kita.

Adakah sudah kita bercinta?

Ingatlah, lama kelamaan cinta akan membawa kita kepada satu pengakhiran yang Abadi. Hidup kita akan dipandu ilham, dari Pemberi Cinta Yang Pertama.

Bercintalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan