Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Khamis, 12 Februari 2015

Pabila Keluar

Gembiranya rasa hati pabila keputusan keluar. Keputusan tak lah lawa sangat, hodoh jugak. Haha, Untuk semester yang penting, macam biasa, aku masih tak dapat apa yang aku nak. Kemampuan aku masih lagi belum valid.

Sebenarnya, nak kata aku hirau sangat result ni memang tidak. Cuma, aku hirau pemahaman aku sendiri sewaktu belajar. Ok, mari kita tengok ye apa perasaan aku sekarang.

Dalam banyak-banyak peperiksaan, yang kali inilah aku menjawab soalan skema yang mungkin. Skema habis, skema nak mampus. Dengan latihan selama 2 minggu aku praktik, tu tak termasuk aku buat peta minda untuk jawab pelbagai jenis soalan daripada pelbagai jenis kemungkinan.

Tak cukup dengan peta minda, aku tambah dengan pembacaan luar. Ok, bukan poyo di sini, tapi sekurangnya bak kata orang, usaha ni kena gempak. Hasilnya aku sendiri tak ketahui.

Tup tap tup tap, keputusan pun keluar. Mak aih,, habuk cap ayam jer aku rasa. Tak berbaloi langsung. Siap pecah ketawa dengan pipi aku lenguh nak gelak. Apa ke "Firaun" keputusan aku buruk camni. Hahaha...

Then, perkara pertama yang terlintas dalam kelapa hatok ni,apa benda aku faham sebenarnya? Apa benda peta minda tu? Apa benda pulak pembacaan luar? Ye, aku ni mana nak salahkan sesiapa. Aku masih setia di sisi persoalan. Apa benda yang aku belajar dan apa benda yang aku salah?

Kalau ikut ayat bebudak usrah, Cek diri kita dengan orang lain, cek diri kita dengan Allah. Ok, ni satu kemungkinan yang besar dan aku rasa tak valid kot. Hehehe. Asal cina Kafir leh berjaya? Asal bangsa yang tak peluk Islam, ok jah result. Jadi, hujah-hujah camni aku tolak awal-awal, sebab nampak sangat ke"arab"an.

Tambahan, aku tambah lagi sebijik. Kenapa Eropah yang tak peluk Islam tu lagi power dari orang Islam. Diaorang bukan sibuk nak tahu bab ketuhanan pun, Akidah dan agama pun tolak. Asal ok jer berjaya?

Mula nak cakap, kita belajar untuk akhirat. Banyak kau punya akhirat, ilmu di otak tu tak akan sama kuantiti dan kualitinya ilmu di hati. Ada jer orang dekan, nak kongsi ilmu dan cara jawab kemain kedekut lagi. Ini ke akhirat yang dicanang?

Jadi, persoalan yang takda kaitan ni sering dikaitkan. Kalau kau solat untuk dunia, berdoa untuk dunia malah dalam titipan pasrah pun untuk dunia, mana akhirat yang kau maksudkan? Mungkin Tuhan bagi semua hajat dunia ni untuk kau, tapi kau tak rasa perlu untuk kau berfikir lebih mendalam? Apa guna semua dunia ni untuk kau? Jambatan kepada sesuatu?

Ya, keputusan tu tetap penting, Aku tak da nafikan. Aku bukan nak mansuhkan dunia dan mengejar akhirat semata-mata. Perlu dunia untuk menyenangkan akhirat. Tak ke dunia ni jambatan akhirat?

Masih lagi berlegar-legar soalan aku, apa benda aku faham dalam tempoh aku belajar? Makin aku belajar makin pulak aku merudum. Makin aku skema, makin dekat aku dengan gred D. Apa benda ni semua? Rasa kelakar. Usaha bukan main lagi.

Kalau nak ikut pendapat para sainstis dan revolusi, kegagalan kini merupakan kejayaan di masa akan datang. Tapi aku still tak jumpa lagi kejayaan yang sebenar?

Nak ke aku, jadi seorang penulis. tapi result exam waktu belajar macam anjing...
Sah-sah aku tak nak,,,

Aku tak cari apa-apa jawapan Islamik, tapi aku nak cari. Apa realiti sebenar dan kefahaman yang aku ada ni dengan keputusan aku yang semakin merudum. Teruk ni...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan