Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Sabtu, 14 Februari 2015

Gaduh-Gaduh

Semalam, keributan kecil berlaku. Mungkin kisah penerbit dan penulis yang mengalami satu pertentangan. OK, camni. Benz Ali , kau kenal makhluk ni?

Untuk pengetahuan kau, aku turun seminar Falsafah dan Benz Ali pembentangnya. Aku naik minyak dia bentang. Macam tu pun boleh turun bentang. Tu belum lagi soal tulisan. Entah blog mana dia ceduk segala maklumat tu. Paling celaka aku rasa, orang tanya soalan dia tak jawab.

"Apa yang cuba anda sampaikan, kalau anda setakat marah-marah, maka orang di luar sana juga boleh marah. Kalau kita marah tidak bertempat, masalah tidak akan selesai". Begitulah kata seorang pembentang. Dan soalan ini tidak dijawab, dan dia melalut entah kemana.

"Kamu sedang cuba menyandarkan sesuatu yang bukan hujah saya. Saya bertanya, apakah pembaharuan dan bentuk yang kamu ingin bawa di Malaysia?". Nampak? Sampai camni sekali orang tanya dia. Kau paham kan apa yang berlaku.

Sepatutnya soalan ni dijawab, tapi sebab nak jimat masa. Ye lah Benz Ali dah merapu dan tak jawab soalan, sapa nak dengar? Maka, mereka diminta berhenti.

Lagi aku sakit hati, balik buka Facebook,ada jugak orang cakap Benz Ali adalah pendebat terbaik dan berani menentang(pulak?).

Jadahnya tak jawab soalan pun dianggap berani? Bukan bodoh ke namanya tu?

Jadi, kaitannya dengan kisah Zul Fikri.

Zul Fikri Zamir, seorang manusia yang kalau kau pergi Youtube, kau akan jumpa video dia. Boleh dengar. Dan banyak benda yang kau boleh faham adalah, dia akan menekankan soal sikap. Seseorang mesti berdisplin untuk berjaya pada masa akan datang.

Memandangkan aku jumpa Benz Ali, dengan lambat sampai dewan seminar. Aku ingatkan dia sampai awal, ok. Terlalu tinggi mengharap. Lupakan.

Aku agak lah Benz Ali ni tak nak kena deathline. (Eja Deadline suda). Mungkin Zul Fikri tegur dan mintak tulis cepat sikit. Maklum la, kalau dah ada penerbit, memang masa tu kau kena kejar. Ini adalah standard, sebab tu kerja menulis kerja gila.

Aku faham kalau Zul tegas. Ahaha, mungkin lah sebab aku kenal dengan Zul Fikri Zamir dan bertanya soalan dengan dia. Aku memihak la, sebab aku sudah haru-biru angin dengan Benz Ali gara-gara tak membentang falsafah dengan benar.

Maka, dua figura ni sahaja yang berdebat. Muncul pulak pengikut Benz Ali yang cap ayam. Alahai, kemain dia hina TFTN, mahu tak hangin? TFTN memang founder dia Zul Fikri Zamir, tapi yang menjalankan kerja TFTN ni adalah mahasiswa. Apa kaitan sukarelawan(baca mahasiswa) ni dengan permasalahan sikap Benz Ali?

Benz Ali dah salah, dan patut dipersalahkan. Tu tak termasuk ada seekor makhluk yang buat-buat terer nak jadi pendamai.

Kepada mereka di luar sana, ini permasalahan sikap. Bukan pergaduhan bodoh. Orang suruh hantar karya ikut deadline, tapi kau tak hantar, Sapa yang salah?

Fikir lah bro. Menulis bukan hobi, Nak-nak kau dah declare, menulis untuk mengubah. Apa kau ingat, tulis sesikit dengan maki dah dianggap revolusi?

"Kalau marah tidak kena pada tempatnya, masalah tidak akan selesai".

Penutup; aku ingat lagi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peserta. "Benz Ali, jika ini proposal yang kamu cadangkan, bersifat sifar dan tidak membawa apa-apa jalan penyelesaian, maka ini hanya proposal kosong sahaja".

Quote tu mungkin terlebih, tapi isinya adalah, proposal atau cadangan Benz Ali memang kosong dan buta. Aku nak jer Backfire time tu jugak. tapi, aku pulang terus. Kepala dah pening, sebab gabra tak tahu jalan, sampai tak tidur malam tu. Rugi!

Sebab tak tembak Benz Ali.

Kesimpulan. Benz Ali patut belajar lebih, jangan ego. Jangan berlagak. Isi kau tak ada, kuah jer banyak. Kau leh mencarut dan kupas isu, jalan penyelesaian kau memang tarak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan