Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Ahad, 18 November 2018

L. Setia-Padman



cerita india mengenai Lakhsmi, lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita.

dengan satu masyarakat yang membela bahawa hal kelamin wanita boleh membawa maruah, maka, Lakhsmi muncul dengan

"seorang lelaki menjadi lelaki jika dia berjaya menyelamatkan wanita"

darah haid yang tidak diuruskan dengan betul, boleh membawa penyakit.

di sini, Lakhsmi berusaha untuk mencipta sanitary pad, dengan harga 2 rupee.

rupanya, di India, pad bernilai 55 rupee. harga bersamaan dengan tepung membuat roti, segelas susu dan dal, dan boleh disajikan bersamaan 6 orang.

perjuangan mudah ini juga ada masalah.

sepertinya aku melihat dua karekter. wanita yang mencetuskan inspirasi dan wanita yang berjuang dalam inspirasi tersebut.

isteri lakhsmi(Gayatri) mencetus inspirasi, dan Pari menyalakan inspirasi tersebut.

dalam kesusahan, lakhsmi dikurniakan dua wanita. di hujungnya, dia harus memilih satu.

aku cemburu. namun, persoalan ini juga membawa aku jauh berlayar.

apakah, jika aku punya takdir yang sama, aku akan memilih wanita yang mencetuskan inspirasi, dan tidak bersama dalam memperjuangkannya. atau wanita yang memperjuangkan inspirasi, tetapi tidak berada pada awal kemunculan.

aku sedar bahawa, hanya wanita berakal, yang melihat kau berpotensi dengan keikhlasan, akan bersama dengan kau sewaktu kesusahan. setia hanya untuk manusia yang berakal.

dan aku sedar, itulah ciri2 yang aku patut cari selama ini.

dan Tuhan, kau tunggu. aku akan berusaha menuju kemakbulan doa yang aku junjungkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan