Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Selasa, 10 Mac 2015

Pertempuran

UKM tahu, pembatalan program kecil di bawah naungan Kapreza(Karnival Pendeta Za'ba) dibatalkan dengan mengejut. Adakah ini merupakan satu permasalahan besar?

Ia melibatkan sosok Zul Fikri Zamir yang memegang anugerah Manuskrip Terbaik 2014, dan juga seorang penulis Irmayandi Idris. Setakat anugerah yang tidak seberapa, dan juga penulis baru, ia bukan merupakan permasalahan besar buat sesetengah pihak.

Persoalannya, adakah dengan pengharaman ini, telah membuktikan segala tuduhan Zul Fikri Zamir terhadap pensyarah dan sistem pendidikan adalah benar?

Jika tuduhan ini menjadi benar, kita akan menghadapi satu bentuk arus yang baru. Penulisan ini akan mendapat perhatian sesetengah pihak dan menjadikan UKM sebagai kambing hitam.

Aku tak sokong tindakan TNC sendiri, tapi ini melibatkan sesetengah pensyarah yang turun padang. Apa perasaan kau, kalau kau sendiri turun padang, orang lain yang baling lumpur?

Aku nak tahu perkara sebenar, sebab pensyarah yang tidak berkenaan akan terbabit sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan