UKM tahu, pembatalan program kecil di bawah naungan Kapreza(Karnival Pendeta Za'ba) dibatalkan dengan mengejut. Adakah ini merupakan satu permasalahan besar?
Ia melibatkan sosok Zul Fikri Zamir yang memegang anugerah Manuskrip Terbaik 2014, dan juga seorang penulis Irmayandi Idris. Setakat anugerah yang tidak seberapa, dan juga penulis baru, ia bukan merupakan permasalahan besar buat sesetengah pihak.
Persoalannya, adakah dengan pengharaman ini, telah membuktikan segala tuduhan Zul Fikri Zamir terhadap pensyarah dan sistem pendidikan adalah benar?
Jika tuduhan ini menjadi benar, kita akan menghadapi satu bentuk arus yang baru. Penulisan ini akan mendapat perhatian sesetengah pihak dan menjadikan UKM sebagai kambing hitam.
Aku tak sokong tindakan TNC sendiri, tapi ini melibatkan sesetengah pensyarah yang turun padang. Apa perasaan kau, kalau kau sendiri turun padang, orang lain yang baling lumpur?
Aku nak tahu perkara sebenar, sebab pensyarah yang tidak berkenaan akan terbabit sama.
Antagonis,
Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,
Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.
Selasa, 10 Mac 2015
Khamis, 5 Mac 2015
Mengisi
Sudah lama aku tak mengisi,,, semua nya,,,
Boleh dikatakan aku sendiri tak isi blog ini,,, aku pun tak tahu apa sebabnya,,,
Mulanya aku nak isi perkara yang berisi dalam blog ni...
Tapi minat kepada benda berisi semakin terhakis,,,
Apa yang boleh aku fikirkan sekarang, adalah blog ini bakal mengisi benda yang tak terisi. Manusia ada hati, berapa ramai manusia yang mengisi hatinya dengan zikir? Kau nak aku mulakannya? Baiklah,
Sejak aku baca Kassim Ahmad, ada perkara yang dia ni sebenarnya teralih, bukan terpesong. Kita sebagai manusia selalu menyangka, perkara yang berlainan daripada apa yang kita faham adalah terpesong. Bayangkan, kemungkinan perkara itu sifatnya teralih. Alahai, putar belit juga aku nak faham.
Benda yang berlainan daripada kebiasaan, bukan terpesong. Contoh. Meja yang berukuran sedepa dipenuhi oleh satu tudung saji. Bawah tudung saji tiada apa-apa. Satu hari, kawan kau datang, dia alihkan tudung saji ke bawah, dan letakkan sekelompok limau manis.
Kau nak kata tudung saji terpesong? Atau teralih?
Kassim Ahmad juga begitu, dia tidak memesong, tapi teralih. Cuma silapnya mungkin dia tidak letakkan tudung saji tu balik. Sepatutnya tudung itu terisi bukannya terus teralih. Itu lebih baik, mungkin pada aku.
Orang bilang, kerja-kerja mungkin ini semua kerja syaitan. Mungkin menandakan kita ragu. Baik, aku mengaku aku sedikit syaitan.
Zikir...
Mana ceramah kau pergi, zikir adalah diutamakan. Baik, sekarang kita lihat. Apa makna zikir dari sisi "teralih". Boleh ke kita hanya berzikir dengan zikir. Tak penat?
Sebelum kau rasa, aku sudah rasa zikir. Aku pernah berzikir dalam tempoh yang lama. Tenang.
Tapi, lama-kelamaan, zikir memandu aku ke satu arah. Fikir. Aku merenung segala ciptaan, segala salur nafas dan setiap pembuluh darah. Aku berfikir.
Dan pada ketika itu, aku jumpa makna zikir. Fikir.
Aku tak tahu nak terangkan, tapi zikir itu selari dengan nafas, selari dengan fikir, selari dengan bayangan. Segalanya selari. Duduk dalam satu kalimah yang pendek, zikrullah.
Aku mula nampak bayang cahaya. Dan tetiba aku diangkat jadi dewa. Badanku bercahaya. Ok, bahagian ini syirik. Aku melawak sahaja. Berani memainkan agama?Bukan, aku tak nak jadi ayah Pin. Aku masih lagi berTuhan.
Aku tak jumpa Tuhan, tapi tanda ketuhanan itu aku jumpa. Kau pernah terasa benda yang aku fikir juga bukan? Itulah makna zikir yang aku pegang sehingga sekarang. Tanpa adanya fikir, kau tak mampu amalkan zikir.
Aku bukan baik, solat aku terbalik. Sekarang aku anut mazhab Jaafari. Selongkar buku fiqh. Dapat maklumat, dan aku beriman. Sesat? Aku masih boleh salahkan Jaafari, sapa suruh dia jadi Imam dan Ketua Mazhab?
"Teralih"...
Kalau aku kantoi Syiah, jangan pulak kata aku sesat. Ini sebagai sandaran. Aku masih mencari kebenaran Syafie dalam Syariah. Aku masih berpegang kepada ilmu ketuhanan Al-Ghazali. Pelik? Syiah pada syariat, akidah masih lagi Ahli Sunnah? Tiada yang pelik.
Bagi aku, ketuhanan dalam Al-Ghazali mengatasi Syiah. Dan syariat Syiah mengatasi imam Mazhab. Untuk menyelesaikan masalah umat. Eh? Kan Syiah sesat?
Aku bohong aje, Syiah tak pernah sesat, dan aku bukan syiah. Aku terima kenyataan, Syiah lebih Islam pada syariat berbanding Ahli Sunnah.
Ahli Sunnah sekarang, aku kurang percaya. Syariatnya berjela, membela ekor syaitan, malah menyemai bibit kemunafikan. Ahli Sunnah sudah teralih.
dan aku, masih lagi terlongo. Belum mengisi malam dengan pengisian seharusnya. Tidur. Aduh, aku teralih lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)