Antagonis,

Tulisan ini tidak mampu mengubah dunia,
Apatah lagi ingin mengubah cuaca,
Jauh sekali menghalang malapetaka,

Aku cuma berharap,
Tulisan ini mampu membuatkan kau,
berfikir dan bahagia.

Ahad, 19 April 2015

tau-buat dengan tau-kua

Manusia akan lahir dengan soalan, dan kita mencabar diri kita untuk bertanya.

Apa beza taubat dengan taqwa.  Soalan yang ditanya pun bukan sebarang soalan. Aku diam. Memikirkan apa seharusnya dijawab.

Aku pandang gelas kat depan. Dia pun pandang gelas aku. Aku beritahu, aku tidak tahu apa bezanya. Kalau setakat dengar khutbah Jumaat, jawapannya adalah;

Taubat- mengesali dosa yang pernah kita lakukan.

Taqwa- taat suruhan, tinggal larangan.

Betul katanya, dari segi fikah. Tapi kalau dari rohaninya bagaimana? Alamah, makin berat ajer soalan. Aku jawab, nanti aku berikan jawapan.

aku masih tak dapat jawapan. Sekarang, aku juga tengah fikir. Apa makna taubat dan apa makna taqwa?

Kalau ada jawapan, tolong komen sikit. Jawapan dari segi rohani, bukan syariat.